JOM SHOPPING!

dia datang lagi...


susah betol bila mood malas datang ni..
sumer malas!
naseb nak cebok kencen dengan berak, tak malas!
huhuhu!!!

ni adalah sekadar simple update je ni..
sebab macam tak best je simpan lama sangat gambar2 ni dalam cam kan..

semalam adalah hari keluarga yeop membeli belah keperluan rumah..
macam biasa..
cukup time je adalah muka 3 beranak ni dekat jj kepong sana..

yeop lapar giler katanyer..
so weols makan dekat kedai nasik ayam je..
sebab kata yeop itu yang kenyang!
lagipon dekat jj kepong ni bab2 kedai makan sangat gagal!




budak ni kan..
seboleh-boleh tak nak duduk dekat baby high-chair tu..
aku terbeliakkan bijik mata aku ni..
baru nak dengar cakap!
kalo babah dia ada, dia memang over gediks sket mamat ni...
kecik je aku tengok!


lepas amek gambar afifdani..
aku taler plak cam kat yeop..
sambil tu aku cakap..
"lama saya tak amek gambar awak.. meh nak amik. tapikan awak ni kalo amek gambar takde satupon yang elok. tak reti nak senyum.. senyumlaaa..."


dan ini adalah hasilnyer...



memula dia tak nak jugak senyum sebab dia cakap..
"saya kalo senyum tak elok la.."
akhernya dia senyum jugak..
dan sekarang bila aku tengok memang betollah tak elok!
terpancar gusi dan 2 batang gigi bunny dia!
wekkkkk!




tu jer yang mampu..
matiklah malam2 makan nasik ni!
siap rikues extra nasik lagik..
herm...




air masak tumpah dekat baju dia..
then dia mintak tisu nak lap sendiri, aku bagi.
memula dia lap kat baju dia..
skali dia selak baju lap dekat dada dengan perot dia plak..
apa-apa je lah..


tu je lah citer semalam..
takde apa yang bestpon melainkan duit habes lagi beli barang2 wajib!
bila nak kaya ni?
hihi..

oklah ek..
tengah malas betol ni!
papai!!!!


tag ugut..


susahlah idop aku ni bila ada orang mula ugut2 ni..
masa jumpa tak nak plak dia request nak punggah purse aku..
ujung-ujung siap ugut dekat cetbok!

memandangkan aku dengan dia ni adakala macam senada dan selagu..
akupon tengah takde bahan nak update dekat blog ni..
oklah.. demi kau tun tijah ulu bendul..
aku punggahlah apa isik segala purse aku ni..
di mana seumo idop tak pernah aku buat keje ni..
punggah isik perot purse then amek gambar!
sapa nak kemas balek nanti pas dah punggah?
sampaikan afifdani kejong tengok apa sebenarnya keje mak dia ni?

aku kopipes style ko jugaklah eh, B?


A. Snap the picture of both inner and outer of your purse.



kurang kepam la dari ko..
sebab material bukan dari kain, kan...
tapi hurup 'R' dan 'A' dah hilang!



sebelom kena punggah


B. Introduce your purse brand, price & where you buy.

brand - "PRADA" ok! sebot betol-betol pliss.. "PERADA"

price - RM3000000000.... acah je!!! 30 rengget je lah!

where i bought - haruslah imported! UPTOWN DAMANSARA - hak.hak!

ingin aku tekankan di sini bahawasanya - "i'm not a brand conscious person!"
jadi kebarangkalian untuk aku nak pakai purse kepam macam kak baybe tu jugak adalah tinggi!



C. Take out whatever its inside your purse.

tak pernah aku buat keje2 memunggah purse ni semata-mata nak amek gambar isik perot dia! baybe.. lenkali kalo kepingin nak tengok duit i... u just ask, ok! jangan tag-tag i cemni.. syeksa!

kita mulakan dengan segala bisnez kad yang aku ada. well... bisnez woman kan?





nursery afifdani - tu pengetua skolah afifdani punya bisnez kad. tak tau apsal simpan lagi walhal hp no pengetua tu ada je dalam hp akak ni.

kedai perabot v-sheng - tokey kedai tu bagi sebab hari tuh akak beli rak tb dekat kedai dia. motif dia bagi? nak suruh akak habeskan duit lagi dekat kedai dialah tu..

hairstylist - hey... akak ada tukang gunting rambot peribadi ok! giler murah kalo buat dekat akak tu. akak pernah buat rebonding rambot separas hamper pinggang.. tak sampai RM150 pada 4 tahun lepas! murahkan? dulu rebonding mahal ok!





kad loyer - tu bisnez kad loyer umah akak dekat kedah sana. akak maseh utang disbursement dengan dia. sebab tu maseh simpan lagi kad loyer tu.

tukang jahit - kalo korang berkepok-kepok simpan bisnez kad man kajang la, pak abu la, rizman la sebagai tailor korang, akakpon ada. "YOUTH TAILORING" - konfem tailor tu adalah family Rajinikanth, kan? tu tempat akak selalu alter seluar la... murah!

fotokem - masa beli digicam cokolat akak tu kat fotokem, akak dapat jadi fenklab dia! tapi sampai sekarang tak pernah cuci. apa kes? semua gua tarok dekat blog jugak, kan?

a/c no. maybank - tu maybank dayabumi yang bagi masa akak convert conventional atm kad akak ke visa atm card. kat situ ada bukti akak pelanggan tetap bank cawangan situ dan ada no. akaun skalik!

sisa sim kad - motif simpan sampai sekarang, sebab yeop suruh. jadi saya patuh!




yang 3 serangkai kat atas tu.. memula tu adalah semua kad klinik afifdani. kalau yeop yang simpan, alamatnyer.. hilang! kad keahlian seumo idop body shop katanyer! setahun skalikpon payah aku nak membeli dekat situ. dan yang macam kertas nak balot modes tu kan, tu adalah 'salinan sijil nikah akak dengan yeop' yang akak bawak ke mana sajer akak pergi. akak nikah dekat teluk intan dek.. tu sebab sijil nikah akak ala2 surat beranak korang je. oh, yer! yeop pon dalam wallet dia, ada jugak salinan itu... :)





part ni aku suka.. kenapa? baca sampai habes.

yang belah kiri berbaris tu adalah semua kad2 yang masih aktif. atas tu.. tu adalah sebahagian nyawa akak tu. kad gaji tu. bawah dia adalah mekdonel kids club kepunyaan afifdani. baru pasan nak expired dan bulan 5 ni. then, akak punya kad kesayangan, j-card. di mana akak banyak menghabiskan uwang di situ dan mendapat semula pulangan yang agak berbaloi setiap tahon! kendian.. tu adalah fenklab anakku. selalu jugaklah membeli-belah di situ terutamanya toiletteries afifdani.. last adalah fenklab mainan afifdani.

yang berbaris belan kanan tu.. memula skalik adalah atm kad public bank akak yang dah tak aktif lagi tapi pelik kenapa nak simpan lagi. sogo card jugak dah expired dan akak malas nak pergi renew. dan... jeng.jeng.jeng! atm kad hong leong bank kepunyaan yeop! hak.hak.hak! pin number dah tentu ingat.. kan? selalunya bila yeop dah settled bayar sumer hutang, selebihnya akak yang punya! untungnyer jadi bini yeop ni!!! sorgaaa..... ni lah yang paling akak soka! i lebiu yeop!

akak jugek tak kaya macam kak baybe yang ada kedit kad sebab akak hanya mengharapkan kedit kad yeop sahaja! akak ada debit kad je... :))





ya, Allah! apsal banyak sangat sampah dalam purse akak ni, kan? tak habes lagi ke? huhu!

kaler fink tu adalah mykid afifdani yang akak jaga keselamatannya sama macam akak jaga mykad akak jugak yang berada di bawahnya. sebelah tu adalah senarai lesen-lesen pemanduan yang sah. di bawah adalah 3 keping gambar berukuran pasport yang akak amek sendiri berlatar-belakangkan pintu bilik air pestu akak cuci sendiri guna printer umah abang mie. save duit akak 20 hengget. dah banyak resume akak laku disebabkan dek gambar itu lah! (kiutkan cok masa tu? hoho!)





akak memang takleh pegang duit banyak-banyak. cukup seploh hengget je ada dalam purse untuk 3 hari! tu banyak tu sebab balance2 sebelum hari gaji tu. yang berlipat rm10 tu adalah duit budak opis akak, dia kirim suruh beli bedak pixy. akak adalah jujur.. makanya harus kena mengaku tu bukan duit akak. yang rm5 berlipat tu plak akak jumpa di celah-celah kehidupan kad2 yang lain di mana itu adalah hasil upah yang akak dapat untuk hari semalam sebab hantar kawan kak nor balek. hari-hari dia bagi RM5.. rezeki, alhamdulillah! slalu akak memang soroklah. sedar2.. dah ada puluh-puluh hengget ko.. sangat best!





terakher sebagai penutop.. adalah 3 keping duit besi bernilai 40 sen juga blotters jonsen&jonsen yang ibarat nyawa jugak untuk akak kerna minyak muka akak ni ibarat boleh dibuat minyak goreng tempe yer!


sekarang baru sedar betapa aku menyimpan sampah dalam purse sendirik!

atas arahan kak baybe, dia suruh akak panjangkan tag ni kepada..
PIAHSEPANBELUNCAS aka KAK WOS!
dengan pesanan..
"sila tunjukkan betapa isi perot purse ko itu amat bermakna, piah!"


isnin yang best! (sambel senyum)


yes!
senin kali ni aku harus senyum lebar sampai ke belakang kepala..
harus senyum panjang sampai ke ibu jari kaki..
sebab?
hari ni adalah "payday"...
yabedabeduuuuuuuu!!!!!!
masa taip entry ni aku sentiasa sengeh tersiput-siput..
hak.hak.hak!




korang imajin aku tengah cam tu la..
hehehe...




sabtu lepas aku ikot abg mie dengan kak nor pergi jenjalan..
(best dapat feeling ala2 anak tunggal jap! hihi..)



masa tu status aku adalah "ratu dintis"..
makanya harus membontot je mana orang pergi tanpa banyak soal!
harus jugak membontot jer di mana abg mie dengan kak nor nak bawak pergi makan.. (naseb dapat makan a&w!)





atas - kak nor tgh pikir apa lagi barang letrik yang buleh di-diman!
bawah - afifdani tgh pikir camne nak dapatkan plasma tb cemtu!



mesin basoh mak apak rosak!
Harvey Norman dekat Ikano lak ada offer..
Samsung fully-oto 7kg hanya RM699 kot..
jadi kak nor yang hampir 2 minggu dah jadi bodybuilder waniter di dalam bilik airkan..
telah berjaya menjalankan misi dengan licik sekalik!
dapatlah jugak satu mesin basuh baru menggantikan mesin basuh lama yang berusia hampir 12 tahun (dah tentu singer.. singer je tahan lama, kan?)

tapikan.. memula sian jugak dekat kak nor..
sebab abg mie nak belikan dia mesin semi-oto je ok!
nak teghoyak dah kak nor masa dengar tu...
orang laki senang cakapkan?
dorang bukan basuh kain...
hazab ok kalo dah besa mesin fully oto tup.tup pakai semi oto plak!
akupon ekceli dengar nak teghoyak jugak sebab...
kalau datang pemalas aku ni, aku bawak kain baju turun umah bawah..
tumpang mesin!
hahaha... keji!
malas ok nak kena tunggu kalo mesin semi oto ni...
kalo agak tengah lebat poketkan.. hantar dobi.
dasar pemalas!!!!!




syukurnya dapat mesin oto!





budak yang paling seronok walopon sekadar pergi kedai elektrik..
sebab?
ada banyak tibi dia boleh tengok...


hari ni abang mie pergi pick-up sendiri mesin basuh tu dekat HN..
nak save transport charges dowang - RM52/- ok!
naseb muat mpv kecik abang mie tu..
ala.. kenari akupon muat nak sumbat mesin basuh tu..
janji seat belakang kasik turun, kan?
untungnya pakai KENARI.. :))


**************************************************************

habes bab2 mesin basoh kak nor ni..
ni aku nak cakap pasal aku lak..

korang bleh buat satu cerita tak dari gambar2 dekat bawah ni?



mula-mula skalik...







lepas tu...







lagi...






atau




dah terai dekat ikano hari tuh..
best woo!




last but not least...






????


dah dapat jewapan itu...


beberapa bulan yang lepas berlokasi di rumah kak nor dan abang mie..

situasi yang sedang berlaku : afifdani sedang bogel berlarian dekat hall.

mata aku pandang tepat dekat bontot afifdani..


aku : apalah afif ni.. bontot tecit! leper je. tak seksilah...

abang mie : camana tak kecik, tak lepiaq.. anak umoq dah nak masok 3 taun, dok bagi pakai diaper lagi. sian kat budak tu. dok dalam haghi lagi dah berbalot pungkoq dia dengan menda tu, camana nak membesaq! hangpa suma umoq 1 taun lebih tak pakai dah napkin ka, diaper ka.. abah dah atoq kencin suma!

aku : malas ahh nak train, nanti cekgu skolah dia ajarlah.
(cobaan nak menamatkan leteran)

abang mie : eloklah tu.. penyegan mama hang ni, fif! (maseh kena jugak sedas!)

kak nor : abah hang memang ghajen. suma dia yang atoq kencin. mama tak buat suma tu dulu. (ishh... fire stone btol kak nor ni! bukan nak bekap kita..)





maaf yer abang mie dan kak nor..
dah 3 malam yer cucu abang dan kakak tidor tak pakai diaper lagi.
dan berjaya tak kenceng langsung..
(agak riak stetmen ni... janganlah malam ni dia bantai kenceng plak!)


tapi tu semuapon dengan hasil tunjuk ajar abang mie jugaklah.
kena bagi kreditlah, sebab dia "otai" kan..

start pukul 7pm je afifdani dah tak pakai diaper dah..
setiap jam aku atau yeop akan tanya dia..
"afif nak kenceng tak? nak berak tak?"
kadang-kadang afifdani jawab..
"nak ticinggg..."
kalau dia cakap je macam tu..
kita orang akan bawak dia pergi toilet then tunggu dia kenceng..
walaupon kadang2 dekat 4 kali dia kata dia nak kenceng walhal nan adopon!
"sabar.. sabar" aku bisik dalam hati..
bawak je dia pergi toilet nanti mesti ada jugak dia kenceng.

yesss! berjaya ok!
memang ada jugak dia kenceng akhernya...
lega aku dengan yeop.
nak masok je tidor, yeop akan mula tonggengkan afifdani..
tak lamalah.. dalam 4-5 saat je..
tapi buat dalam 3 kali jugaklah..
pastuh dah pagi nanti, afifdani bangun je dari tidor..
jangan lengah-lengah yer..
teros bawak masok dalam toilet then suruh dia kenceng..
gerenti kenceng punya!

tu lah dia cara abang mie buat dekat 3 orang anak2 dia ni..
umor 1 tahun lebih kita orang tak pakai dah napkin atau diaper.
banyak duit bleh jimat ok!
nak-nak plak afifdani ni jamban dia agak kelas 5 bintang!
so u know, i know laaa...

tapi... dari cerita di atas..
aku dapat satu jewapan kepada persoklan aku yang terbenam lama dah ni!

aku rasa nak je cakap dekat abang mie tu camni..

"abah.. sebab tu lah pungkoq anak-anak abah suma besaq! lebaq! umoq kami setaun lebih dah tak pakai napkin, diaper suma. banyaklah ruang dan masa untuk pungkoq kami ni membesaq dan melebaq sebab takdak benda yang membengkongkannya!"

logic apa?
ibarat memakai korset dan girdle lah kan????

dalam hati berkata-kata - patotlah jamban aku besar!


**orang tua dulu2.. sangat gigih melatih anak.
**nak train afifdani tak pakai diaper waktu siang plak nanti.

kuking-kuking of the day


hai semua..
bertemu kembali kita di dalam rancangan apa?
yer... fandai!
kuking-kuking of the day!

ini adalah menu masakan hari senin lepas yer...
sempena hari aku amek cuti dan yeop pulak off pada hari itu.
jangan mudah percaya aku nak masak di subuh-subuh sapie dengan masakan yang leceh-meceh ni...

senin lepas aku masak 2 jenis lauk...
pes - sayor pucuk masak lemak khas untuk afifdani.
seken - sambal dageng

orang masok dapor kol seblas ok!
aku yang sangat surirumah ni..
masok dapor time tengahari ghembang...
kerah plak laki pergi kedai beli daging 1/2 kilo time matahari mencanak atas kepala!
laki plak balek bawak dageng 1 kilo yang hamper penuh dengan lemak...
nak buat rendang apa sampai 1 kilo dibelinya...
makan dalamnyer nak kena siat2 plak lelemak tepu lembu tu...
eyyy!


Bahan-bahan yang murah sajer...
  • 1/2 kilo daging - cukup untuk 2 orang makan dari pagi sampai malam dan ada balance lagi untuk dibuat decoration dalam peti ais sampai ke saat ini.
  • 2 btg serai - ni ikot soka nak pakai 1 atau 2 batang nak dititikkan yer. akak soka 2 batanglah, baru pefek! wangi!
  • cili blend - akak punya stok dah siap blend skali dengan bawang besar dan puteh beserta sedikit belacan. so korang jangan lupa bawang ok!
  • halia dan lengkuas - ni kalo letak lagi sedaplah. tapi konsep aku memasak ni kan sekadar apa yang ada je.. malaslah wey!
  • asam keping atau asam jawa - ikot soka nak yang mana.
  • kerisik - ni kalo nak lagi tradisional! aku ni rendangpon tak suka ada kerisik.. ni plak sekadar sambal? kem salam yer :)




tu rupanya daging yang selesai disiat-siat lemaknya...
jangan lupa selawat 3x masa basuh daging tu..
dan jangan lupa potong secara melawan urat ok...
kang dah masak ibarat layak baling ke dinding je kang...
jangan cakap akak tak pesan yer!




lepas minyak dah panas masokkan cili blend untuk ditumis.
kalo bawang korang asing.. tumislah bawang tu dulu.
cili kering akak tu, sebelum akak blend, akak dah rebuskan dulu.
makanya tak perlu sangat akak nak tunggu lama2 masa menumis cili tu kan...
kalo tak rebus dulu, kenalah tunggu lama sket sampai cili tu betol2 masak yer.
kang saket perot kang masa makan, tatau!



dah masak cili blend tu silalah ucapkan babai dekat daging-daging plak..
kerna sudah tiba masanya untuk masukkan mereka-mereka itu ke dalam periok..
jangan tambah air dulu yer..
sebab daging itu secara semulajadi dah ada air di dalamnya..
lama-lama nanti akan keluar air daging tu..
tunggu je sampai air daging tu keluar.
air daging tu lah yang buat sedap ekceli.

tunggu sampai menggelegak..
kalo tengok kuah agak pekat korang nak cairkan sket..
baru tambah air yer..
masa ni dah bleh jugak nak titikkan serai korang tu..
ekceli aku tak pasti masa yang seswai untuk dititikkan serai itu..
sebab konsep aku masak adalah mengikot bisikan hati sendiri!

makanya tunggulah sampai daging tu empok..
then boleh masokkan air asam atau asam keping..
taburkan garam dan aji..
tunggu sekejap..
rasa sket ikot ujung sendok tu..
slurpppp... ada lazat?
tutup api yer!




sangat sedap sambal dageng ni..
makan dengan nasik hot-hot!




sayor pucuk masak lemak untuk afifdani.
feveret afifdani ni... sedap ok!!!
ada tulur, keret, bawang besar dan sayor pucuk la..
pejam mata je buat masak lemak ni..
nak-nak guna santan kotak, kan?
hahaha..



lega akak sebab dah tebos doser masak telor ikan bilis je
dekat laki minggu lepas!



sabtu yang hot!


hot! yess... too hot!
kenot tahan enimo...

masa cuaca tengah hangat pijar ni lah,
kak nor bleh ajak anak dia ni pergi jalan tar plak...
dia nak tukar baju yang dia tersalah beli size.
ajak abah.. memang konfem dia taknak pergi menebeng tepi jalan tar tu kan...
makanya... anak sulung yang sentiasa berkhidmat ni lah yang kena bawak dia!

aku agak hazablah kalo coti2 ni ajak aku masok kawasan jajahan sendiri..
hari-hari aku dok mengadap view yang sama..
ujung2 minggu pon harus lagi ke?
demi kak nor tersayang!!!

kak nor nak turun jer dari keter awal2 anak dia ni dah sound..
"ma.. cepat sket tau"
aku tau sangat kak nor tu kalo dah masok dalam kedai baju ke, kedai kasot ke..
hanyotttttttt!




panas dek...
akak dah feeling2 datin norjuma dah ni dalam keter!


berjaya jugak aku amek gambar masa kat dalam keter time tgh tunggu kak nor itu...
sebabnya aku parked keter betol2 depan kedai jual kain tudung ke bagai tu kan..
budak jual tudung tu asyek pandang aku je bila nampak aku bawak kuar camera...
tapi aku musykil gak ni..
keter aku cermin adalah tinted sedikit...
dia nampakkah aku nak snapped gambar aku sendiri????
rasa nak bersuara je... "adek... akak ni blogger ok!"
wahhh... ptuiiiiiiiiii!

ok.. kak nor kali ni agak beringat bila masok kedai baju.
lepas je fitting baju yang dia nak tukar tu..
cepat je dia turun menuju ke kereta..
thanks mama!

then teros kita orang ke giant, kota damansara..
aku sukalah pergi giant kd ni..
sebab deretan-deretan kedai dekat bahagian luar giant tu..
agak menepati citarasa aku orang melayu ni kan!
pergi situpon sebab nak beli barang2 syasya...
ahad dia nak balek hostel kan..
macam-macamlah permintaan yang berbin dan berbinti tu ...

kali ni aku ajak kak nor makan dekat "rasamas"...
aku teringat-ingat akan kepercikan ayamnya yang best itu!




potongan rambot baru afifdani..
hasil nukilan mama dia di dalam bilik mandi..
jimat duit akak 15 hengget ok!




menu pada hari itu...
bape hengget semua sorry, akak tak kuasa nak ingat.
yang akak ingat... ayamnya sangat maveles..
plus sayorannya yang maseh fresh
plus lagi taufunya yang lelemak manja itu..
garlic bread dia adalah gagal!!!
gagal-gagalpon.. afifdani belasah semuanya!
dasar bread ghost!




inilah dia wajah-wajah kesayangan akak..
yang perasan muka dia macam zarina af2 tu adalah adek bongsu akak..
syasya @ mak usu afifdani...
yang tengah berfikir nak hanyot ke kedai mana plak lepas makan ni..
itulah kak nor @ mamatok afifdani @ mama akak laaa...
mukan apa.. nama glam dia di opis adalah kak nor.
kasik dia feeling mudalah sketkan kat blog akak ni...
but mama.. plis arr..
jangan pakai yang pelik2 kot yer pon nak muda, ok!
gimme pai!!!!


dalam kereta masa tengah drive nak balek umah..
yeop call nak cakap dengan anak dia..
akupon on loudspeaker la kan..
tapi biasalah afifdani..
orang dah on loudspeaker pon dia dok bantai letak hp kat tinger kecit dia tu jugak!
naseb tak menjejaskan apa2...
aku sangat panas melahar hati aku ni!
masa tu aku terdengar yeop tanya dekat anak dia..
"mama beli apa, afif?"
pantas aku jawab dengan volume yang bisa membuat kak nor menjeling2 manja pada aku..
"mama tak beli apa-apalahhh... apapon tak beli ok!"
orang taulah ni tengah bulan.. kena jimat cermat.
sungguhpon tadi meleleh ayer lior tengok kasot!!!!!!!!!

lambatnya 28hb.... :((




berjimbaran suam-suam kuku...


jumaat lepas aku cuti sampai senin ok!
sorganyaaaaa.... :)

ada plan ekceli.
kalo sesapa yang follow blog aku ni dari awal..
mesti tau yang aku ni adalah ratu jimbaran air!
hantu airlaaa.. suka sangat pergi mana2 water park!

tahun lepas agak dasatlah aku punya kehantuan air ni..
bleh dikatakan tetiap bulan mesti pergi..
muka ni baru nak cerah dah itam balek!
desa water park (dwp) paling kerap, sunway lagoon ni time aku kaya je..
kalo aku dintis lagi aku pergi wet world shah alam..

aku gian ok!
gian sangat nak main wave...
gian sangat nak berengang-renang manja...
paling gian adalah nak terkinja-kinja sebenarnya!
biasalah...
kat tempat-tempat macam tu je pon ko nak terkinja2 overdose kan!!!

try ajak geng bas skolah yang lain - ayang, ara dengan shikin
dorang semua tak bleh cuti atau pura-pura mc...
sebab masing-masing ada keje urgent dan ada yang telah membuat cubaan pura-pura mc dalam masa terdekat ni...
so... kenotlah kan!
aku dengan zuraini je lah yang pergi...
diiringi doa selamat pergi dan balek juga doa agar kami ditimpa hujan..
oleh geng bas skolah yang lain!
ayang.. nehi betti, nehi... hujan nehi!!!

kita orang ni... 2 orangpon dah macam 5 orang.
kalo cukup sumer geng ni tak taulah betapa gegarnya nanti!!!
tak sabarnya tunggu bulan 5 ni nak pergi dwp kasik cukup korum.

agak kecewa sebab dwp tutup! wtf!
naseb aku teringat nak call dulu pagi jumaat tu...
haram jadah tol dwp ni...
dah 3 hari tutup sebab renovated!
jenuhlah si zuraini mengayat suruh dorang bukak jugak..
tak berjaya!
ko ingat ko sapa? presiden wanita2 sedunia?
suruh dorang bukak jugak dwp tu semata2 untuk dugong comel 2 ekor ni???

tapi takpa..
awal-awal lagi aku dah ada back-up plan..




nak tak nak menujulah jugak kami ke wet world shah alam (ww)
dengan hati yang penuh rasa nak maki orang!


1st planned aku sepatotnya tunggu wakzu teros dekat sri petaling..
memandangkan dwp ni suka tutup sesuka hati abah dia...
makanya kena tukar plan la...
dari umah aku nak ke shah alam ala2 pancut kencenpon kena la...
tapi disebabkan wakzu takot keter dia meletop tatkala memandu ke umah aku..
akibat terlewat service keter katanyer... (fundek ko lah wakzu!!!)
aku kena tunggu dia dekat nelayan titiwangsa..
dekat sana nanti dia tinggalkan keter dia situ..
naiklah keter aku yang 'laju' ni kan...




tengah tunggu wakzu tiba di nelayan..
agak snail minah ni.. 2 keping sanwic aku tibai!!!
jangan main-main..

dari rumah lagi dah pakai baju mandi katanyer..
zuraini masuk2 keter je terkejot tgk aku dah complete set!

tak sabar ok nak berjimbaran ni...
hohoho!





aiyok... nampak jerawat akak!
aku sapu sunblock sampai berkilat muka dibuatnya...

di sebelah aku itu adalah puteri air dan puteri penyeludup!

seludup apa?

seludup pisau dengan makanan bawak masok ww!

mulut ko memang manis zuraini...

sampaikan terlepas 2 bijik croissant ko kan?




akak tau, akak tau....
kak tijah korang, mesti geli tengok posed seksi lagi bisa akak tu!

(akupon tengah rasa geli ni bila tengok balek gambar tu..)
ala jah.. at least mak jujur bila posed!

zuraini.. aku dah kerat sket perot ko..
ada rampeng?




oklah kat ww ni..
untuk amatur macam ko wahai zuraini, bleh la pergi ww ni..
wakakakak!!! amatur katanya!!!
aku tetap nak dwp jugak.. nak main waveeeeeeeeee!




tapi kat ww ni yang best ada BIG SPLASH!
kat dwp nan ado!
ko bayangkan yang turun menggelongsor adalah 2 hamba ALLAH ini...
boleh imagine tak camna hasil percikan air itu?
sorga ok! release tension sekejap... :)




kesejukan!
lelemak tepu yang ada tak membantu langsong...
ptuiiiiiiiii!


dalam pukul 5.30 kita orang gerak dari ww ni.
lagi satu aku tak suka pegi ww ni..
tempat salin baju agak macam gampang!
pejam mata je lah!!!!




jangan cakap betapa merahnya muka aku lepas tu...
macam udang kena bakar!
pedih semua cukup!!!
efek biasa tatkala aku berjimbaran...




dalam keter wakzu
masyaAllah muka aku!!!
tapi takpa.. aku muka macam jahanampon..
aku publish je untuk jadi bahan kutukan korang...
aku redha.... (sambel tunjuk penumbok!)


sampai je nelayan titiwangsa dalam pukul 6 lebih..
aku plak parked keter aku kat situ
sebab aku ikot wakzu pergi K4, wangsa maju
sebab acik ramlah (mak wakzu) soh beli kicap kipas udang yang tengah offer sebanyak rm5 hengget je sebotol besar ok!
lagipon aku teringin sangat nak merasa naik keter, dia plak yang bawak khan...
selama ni aku je jadi pemandu diakan!
ya, Allah... agak scary ok minah ni bawak keter!!!
tengoklah kan ada sticker "P" tu...
aku siap pelok beg lagi duduk kat sebelah tu..
baper kali aku warned dia..
ko kalo jadi apa2 aku takleh tolon ok..
aku nak free gearpon aku dah tak tau cemana..
ni kan plak nak main clutch!!!!
dasar aku dgn kengkawan aku ni semua agak ganas bila di jalan raya...
ni belum aku rasa ayang plak bawak keter...
kata racer kan!!!!!
aiyokkkk... i'm scary ok!!!!

sampai rumah dalam pukul 10pm...
teros amek afif dani dekat umah mamatok dia..
lagi aku terkejot.....




akibat mama dia lupa nak tinggalkan baju tidor di umah bawah...
si anak terpaksa memakai tee mak usunya!!!


wah! cok suka ni...


penipukan aku ni..
semalam poyo kata tak leh nak update selama 4 hari...
tup.tup hari ni elok je publish entry baru eh!
mukan... mukan tipu!
tapi ni entry sebesar kuman je ni..
lagipon ala2 entry penghargaan ni...
hepi... ahaks!!!



semalam pagi lagi ekceli dah received ni...



ko memang berseni sangat beb!
sayang aku nak buang address yang ko print tu...




itu dia orangnya!
blogger yang aku baru jugak kenal..
tapi sekejap je dah ada kimia!



apa isi di dalamnya..

mari kita lihat...




cd-nya PS bersama groupnya
dan
ada satu beg kecik yang kiut!
leh letak henpon kot ek?





tiba-tiba aku rasa sangat antarabangsa ni...
dapat cd spesyel ni...
tapi aku nak tanya ko ni nok..
mana PS punya otograf ni..
kan aku dah rekues dekat ym hari tuh?


apapun...

terima kaseh banyak-banyak wina & PS


korang yang lain dah dapat ker????

tolong kawan aku!


aku dah dapat lampu ijau lumut dari kawan aku untuk blogout kan kes dia ni. ekceli aku dgn dia dah buntu apa nak buat. so aku bentangkan kertas kerja aku dekat dia bahawasanya aku nak share masalah dia ni dengan readers aku. mana tau kalo2 ada pendapat dan pandangan yang bernas lagi berguna dapat dijadikan penenang jiwa ke kan?

kali ni aku bukak komen sebab aku dan kawan aku ni sangat-sangat memerlukan sebarang pendapat dan pandangan dari korang. segala komen dari korang aku dahulukan dengan ucapan jutaan terima kaseh. tak kiralah banyak ke sikit komennya. nanti korang claim cash voucher Nandos dekat umah Piah Beluncas yer! dan besar kemungkinan entry aku akan menjadi entry terpanjang untuk bulan April ni, so aku akan cuba buat kasik korang selesa bila membaca dan tak pening kepala kesudahannya, ok!

*********************************************************************

kawan aku ni kahwin muda. itu semua jodoh.. kerja tuhan, kan? yang penting kawen dapat restu dari kedua orang tua. belah mertuapon takde masalah menerima dia sebagai menantu tunggal. diulang yer.. "menantu tunggal". sekarang kawan aku ni dah ada anak sepasang. usia perkahwinan diapon dah mencecah ke angka 10 untuk tahun ni. alhamdulillah.. :)

mula-mula kawen kawan aku ni duduk sekali dengan mil (mother in law) dia. kan dah kata "menantu tunggal" makanya suami dia ni adalah "anak tunggal". korang dah boleh nampak tak apa masalahnya?

mil dia ni sangat sayangkan anak lelaki dia ni - yakni husband kawan aku ni lah. yelah.. sapa tak sayang anak, kan? kucenpon sayangkan anak. tapi... sayangkan anak berpada-padalah kan? anak ko tu dah kawen, ada isteri, ada anak. senang cakap.. anak ko tu ada tanggungan lain yang perlu diutamakan jugak.

mil dia ni dah sampai macam satu tahap tak boleh terima yang dia terpaksa berkongsi kasih sayang dengan menantu sendiri! dah macam cerekarama, kan? tapi ini adalah betol ok! husband kawan aku ni pulak... memang diakui dia adalah seorang anak lelaki yang taat, patuh dan baik kepada mak dia. tapi bukan seorang suami yang baik! dia bukan womenizer. tapi dia lagi pentingkan mak dia dari wife dan anak-anak dia.

sekarang kawan aku ni duduk asing dari husband dia. dia dengan anak-anak duduk dengan family dia. husband dia duduk dengan mak dialah (mil kawan aku). dan sekarang semua belanja untuk diri sendiri dan anak-anak 90% adalah di bawah tanggungan kawan aku sendiri.

kawan aku ni banyak makan hati masa duduk sekali dengan mil dia dulu. pernah jadi, mil dia sorokkan makanan semata-mata takot kawan aku ni makan. sekali bila husband kawan aku ni balek, elok je mil dia kuarkan makanan tu hidang untuk anak tunggal dia tu. senang cakaplah.... mil dia ni, nak anak tunggal dia tu bagi keutamaan dekat dia, bukan dekat menantu atau cucu-cucu dia. tak kiralah dari segi apapon. nak-nak dari segi kewangan, kan!

genap setahun kawan aku kawen, mil dia pernah halau dia keluar rumah. malangnya masa tu husband dia takde rumah, keje. so takde sapa nak defend dia. mil dia ni licik. kalo nak buat apa-apa dekat kawan aku ni, masa anak tunggal dia tuh takde dekat umah! agak keji, kan?

dorang pernah pergi pejabat kadi sebab mil dia paksa anak tunggal dia tu, ceraikan kawan aku ni. tapi bila dah masuk jumpa ustaz dekat pejabat kadi tu, husband dia tak nak ceraikan dia. biasalah... maseh sayang! then dorang moved-out duduk asing dari mil dia.

bila dah duduk asing, nak belajar berdikarikan.. lain pulak ceritanya. aku ingat lagi masa tu kawan aku ni duduk dekat Seri Petaling. aku sangat excited nak pergi rumah sewa dia sebab selama ni aku pergi rumah mil dia je bila nak jumpa dia, macam tak bestlah kan! aku pergi rumah sewa dia, siap tido lagi ok! kenapa aku bleh tido umah dia? sebab husband dia takde, hari tuh bukan turn umah dia. husband dia kena bergilir-gilir ok!!!! semalam balek umah kawan aku ni, esok malam pulak balek umah mak dia. sengsara tak rasa???????????????????? ibarat bermadu dengan mil sendiri!!! at that time plak, kawan aku ni tengah pregnant-kan anak sulung dia (boy).

kawan aku ni sebelum dapat anak sulung dia tu, banyak kali dia gugur, adalah dekat 4 kali aku rasa. sebab rahim dia tak kuat. dengan selancang-lancangnya mil dia kata, gugur tu sebab kawan aku ni mengandungkan anak yang cacat! adoilaaa... tekanan hebat betol!

dan yang paling aku sedih sangat, masa kawan aku ni lahirkan anak dia yang ke-2 (girl), husband dia tak sambut. husband dia takde. MIA! yang sambut dan azankan anak ke-2 dia adalah adek lelaki dia. adek lelaki dialah yang uruskan semua pendaftaran surat beranak untuk anak ke-2 dia tu. kiranya masa kawan aku ni pregnant-kan anak ke-2, husband dia dah hilang entah ke mana dengan mil dia. yang bagi sokongan dekat kawan aku ni adalah ahli keluarga dia dan tentulah aku! (hehe... tengah sengeh busuk!) dan masa tu yang tanggung semua belanja dia dengan anak-anak dia adalah abang dan ayah dia.

anak ke-2 dia dapat jumpa ayah dia masa anak dia dah umur 3-4 bulan. lepas tu tak jumpa langsung sampailah anak ke-2 dia umur 1 tahun lebih. itupon kawan aku ni yang carik rumah husband dia tu.

sekarang ni, kawan aku dah tak tahan. yelah.. mana tidak. duduk asing masing-masing. tapi masih suami isteri. duit belanjapun bagi selalu tak cukup. pernahlah bagi cukup tapi manjang tidak! paling sikit husband dia pernah bagi RM30/- yer! Tu nak buat belanja 3 mulut? anak sulung kawan aku ni dah darjah 1 tahun ni. semua kawan aku ni uruskan sendiri pendaftaran sekolah anak dia. lepas tu pening-pening kepala nak fikir plak transport pergi dan balek sekolah anak dia. anak ke-2, sekarang dah umur 4 tahun.

kawan aku pernah ajak husband dia tinggal asing. husband dia tetap tak nak dengan alasan takde siapa nak jaga mak dia! nak duduk sekali, mil kawan aku ni, tak nak. ajak balek umah mak dia seminggu sekali ke, pon husband dia tak nak!!!!! kalau nak spend masa sama-sama satu family, kawan aku ni bawaklah anak-anak dia keluar jumpa husband dia dekat mana-mana. apa kes, kan? sampai bila?

lama-lama kelamaan kawan aku ni hati dah tawar dengan husband dia. sebab husband dia tak pernah nak fikir dan berusaha cemana nak satukan balek family dia duduk sekali. anak-anak dapat membesar dengan kasih-sayang mak bapak depan mata. isteri dapat belaian dan perhatian dari dia. isteri dapat jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. bukan macam sekarang ni. anak-anak kawan aku ni memang mengharapkan belaian dari atok, nenek, pakcik dan makcik dia je lah. aku sedih tau tengok sebab anak-anak dia tak pernah merasa dapat duduk satu rumah sekali dengan ibu dan ayah dia tanpa ada orang luar! maksud aku.. macam kehidupan kita sekarang! di rumah hanya ada kita, suami dan anak-anak. hujung minggu kita masak untuk suami dan anak-anak. duduk tengok tv sama-sama. ayah dia tengokkan homework dia. ayah dia hantarkan dia sekolah. balek sekolah, ayah dah tunggu dekat pagar sekolah. takde semua tu!

sepanjang perkahwinan kawan aku ni, aku rasalah.. dalam 4 tahun pertama je kot dia rasa nikmat berumahtangga. selainnya adalah derita untuk dia!

sekarang kawan aku ni ada terfikir-fikir untuk mintak dilepaskan. tapi husband dia tak nak! atas alasan sayang! kawan aku ni sangat tertekan sekarang. nampak je luaran dia sangat kelakar dan happy tapi dalam.. tekanan! dia maseh perlukan belaian dan perhatian dari seorang suami.. tapi si suami? maseh nak beratkan mak dia dari keluarga dia sendiri.

aku ada cakap dekat dia. kalo nak senang, kena file-kan cerai. maknanya kena amik lawyer la. itu semua duit! kalau tak silap aku.. yang aku pernah dengar cost dalam RM3k+++. manalah kawan aku ni nak carik duit sedangkan belanja anak-anak semua atas dia. kan senang kalau husband dia nak lepaskan dia cara baik, kan? kawan aku maseh muda, perjalanan maseh jauh. bagilah ruang untuk dia mulakan hidup baru, kan? bukan seksa dia macam ni.

aku dengan kawan aku ni macam nak pecah kepala fikir, apa patut buat sebab takkan selamanya nak macam ni? dulu aku selalu nasihatkan dia..

"ko sabar je lah.. mil ko tu dah tua. tak lama tuuuu"

masalahnya.. dah 10 tahun kawan aku ni kawen... tapi?

korang fahamlah apa maksud akukan?

akupon bukan menggalakkan dia bercerai. tapi aku rasa itu jalan terbaik sebab husband dia seksa dia secara dalaman ok! ni baru betol makan dalam!!!

dan kita takde dekat tempat dia.. kita tak tau apa dia rasa. apa dia tanggung. kita tak pernah rasa macamana kena berebut kaseh dengan mil sendiri! kita tak pernah rasa macamana husband kita letak mak dia no. 1 dalam apa jua hal! kita tak pernah rasa macamana mil kita halau kita keluar rumah masa husband kita takde. kita tak pernah rasa masa melahirkan anak, suami takde di sisi kita, hilang entah ke mana. itu yang selalu aku fikir!

aku selalu pesan dekat kawan aku ni. ko kena kuat! tapi sampai bila? anak-anak sedang membesar. dorang perlukan ayah dia! tapi si ayah?

giler! jari aku dah kebas!
nak terkencin pun ada ni...

kalo korang ada pandangan atau ada pengalaman yang macam ni..
silalah bagi...
sekurang-kurangnya dapat dijadikan kekuatan untuk kawan aku ni teruskan kehidupan dia.

dan...

kita semua perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.
kalau kita rasa kita susah..
sebenarnya ada orang lagi susah dari kita..

kalo kita rasa kita menderita..
sebenarnya ada orang lagi menanggung derita yang hebat dari kita..

kepada kawan aku yang aku sayang...
"jangan sesekali patah semangat.. aku selalu ada untuk kau!"

aku nak kencen..

papai!!!


**rasanya 4 hari kot tak update pasni. kesan dari jari jemari yang bengkak niii!**


kitchen disaster


best tak tajok n3?
macam nak terbelah dua kepala ni fikir
apa tajok nak letak..

ekceli memang takde apa nak update untuk hari ni..
tapi sebab semalam ada seekor baby comel telah merayu di ym!
suruh aku update jugak!
kalo tak, dia nak pergi bunuh diri... (matiklah buat stetmen pelsu ni!)

hamek..
memang disasterlah ni babyyyy!
hohoho!

pagi tadi dalam cuaca yang agak kesejukan
lepas tutup je alarm henpon yang konon2 aku set kol 5am
aku tanya yeop

aku tanya : b.. keje pukul berapa hari ni?

yeop jawab : emmmgiii...

yeop jawab main-main ni..

aku tanya lagi : keje kol baper ni?

yeop jawab lagi : cutiiiiiiiiii!

what????
coti?

aku sajer je cakap : alaaa.. ma tak masak laaaaaaa

takde respon!

tengah congak-congak
nak masak ke tak nak?
nak ke tak nak?
gatal pulak pergi set alarm kol 5am ke bagaiiii...
rasa macam durhaka sangat kalo sambung tido balek kan...
durhaka sebab masa tu cukup untuk diluangkan di dapor barang 1 jam!

bangket lah jugak...
sambel terkelip-kelip bijik mata ni carik suis lampu dapo!

sebelum aku sepraiskan kowang dengan menu hebat aku..
meh kita tengok tahap ke-disaster-an dapor kecik aku ni...




tu apa?
akupon tak tawu apa sepatotnya nama mende tu..
yang penting aku xpernah guna sejak dari mula beli
bleh?



yeop.. minyak masak dah nak habes yer!
yang sebelah tu adalah botol minyak masak bulan lepas
apsal tak buang?
akupon tak tawu ni apsal aku tak buang2 lagi...
sebelah botol minyak kosong tu adalah
container untuk isik spegetti ekceli..
beli dekat ikea dengan rege RM99.99!
amacam... mahal tak?
ptuiiiiiiiii.... penipu!



periok nasik yang dah berusia hamper 7 tahon!
hadiah kawen ni...
kawan kolej hadiahkan :)
jenama adalah penting ok!
ngah.ngah!!!!



haiyokkk!
nampak plak sisa2 masakan yang belom dikemaskini!
itulah dapor elektrik aku, seketol tu je...
bayangkan kalo aku kena masak 3 jenis lauk!
dan itu sebab aku tak masak sampai 3 jenis laukpon!



hiyahhh kenapa ada habok??? - itu pisau.
lagi 2 bijik pisau ada dekat sinki.
di manakah kedudukan pisau itu?
yer.. pandai!
atas bumbung kabinet..
atas sebab2 keselamatan!
pisau tu dah bertahun beli dekat ikea jugak.
rege tak dapat dikesan (perlu ke bagitau pon?)
tapi apa yang aku nak share dgn korang ni..
pisau dekat ikea kan.. memang tajam dan tahan karat!
best sangat ok!



bawah je bumbung kabinet ada pisau tu..
adalah barang-barang itu......
sila kagum!
cok amek teh ramping katanya!!!!!
segala abah kaplet semua ada tu..
dah tak terusik hampir 6 bulan..
harus diperiksa tarikh luputnyer nanti...
stok nestum tu adalah simpanan tatkala kami lapar nanti.
patotlah yeop kuros kan?
makan nestum budak rupanya...



dan...


hasil masakan tatkala pukul 5.30 pagi tadi...


adalah...




sosej bersama keret bersalut telor
khas untuk afifdani yang tak ke skolah today!
sebab babah ada rumah...



juger....





ikan bilis goreng yang ada telor dadar
ada bawang besar yang digoreng bersama-sama cili api
sedap makan dengan nasik hot-hot!


sebelum keluar ke kantor
cok sempat tinggalkan pesanan penaja untuk yeop
yang sedang baring di depan tv menemankan anaknya minum susu

"saya masak goreng-goreng campak-campak je b,
lambat kalo masak lauk lain.
b makanlah dengan kicap nanti yer!"

kompem malam ni tak dapat nafkah batin!
iskkkk!!!!!!!!


entry haram jadah!


hari ni hari senin
hari yang paling hazab!
kalo bleh tak nak bangun pergi keje
pergilah mampos kalo kena warning letter skalipon kan..

tapi...

aku ada suami
aku ada anak
aku ada umah
aku ada keter
aku ada hutang itu
aku ada hutang ini

makanya...

pergi jugak kejer dalam keadaan hati yang membungkam!
muka macam harem..
(ehh.. pantun 2 kerat! hoho!)

hari ni hari senin
jalan konfem sesak macam cilakak!
tapi pagi tadi..
tak pulak?
apsal ehhh?
semua orang bagi laluan khas dekat akukah?
hahahahaha...
gelak macam orang kaya!

hari ni sarapan nasi lemak dua hengget..
tengahari makan kueh 3 bijik sengget..
belanja hari ni sama dengan tiga hengget!
tahniah!


*************************************************

korang pakai seluar dalam hari ni?
pakai?
kaler apa?
aku?
jap aku selak jap...
...............................
...............................
...............................
oh! kaler itam rupanya...
baju dalam pakai?
aku kalo tak pakai dah macam bawak belon berairlah jawapnya!
aku punya kaler kelabu!
alahh....
korang kalo aku tanya bukan nak bagitau kaler apakan?

tapi kalo aku tanya...
tudung ko beli dekat mana?
kasot ko plak dekat mana?
henbek tu?
laju je jawabkan...
teros korang bagitau pakej sekali dengan harga, kan?

tapi soklan yang tentang pakaian dalam tu
aku rasa korang akan jawablah
kalo pakaian dalam korang mungkin dari "wacoal"
maaflah.. aku tau tu je brand underwear yang branded2 ni
sebab aku pakai scarlet je!
seluar dalam RM10 - 3 helai
baju dalam ada besi - RM19.90 sehelai

sekarang ni kan..
hati aku tengah menggetik2 menanah baca ada satu blog ni!
ewwwwwwwwww...
tapi macam biasalah..
lagi menggetik rasa, lagi hari2 mau baca!
getik tapi rindu ya? hahaha...
bukan sebab suka tapi sebab nak tengok apa lagi entry bodoh dia!
lepas tu buleh buat bahan aku gelak nanti...
kahkahhhhhhhhhhhhhhh...

berdosakan? yer.. mmg agak keji! tapi itulah hakikat!
dan aku rasa bukan aku je yang ada tebiat keji camni..
dah lah entry dia tak related langsung dengan aku...
tetiba aku bleh menggetik-getik bila baca!

gilo!

dan

makan dalam!

ada rasa macam haram jadah tak entry ni?

ada?

ada?

takde?

tak tau?

takpelah... sapa suruh baca!
hahahahahah!!! (gelak macam lepas menang OIAM)
tengok tajukpon dah tau mmg haram jadah!

papai.... :))





janganlah blogging semata-mata
nak sakitkan hati orang lain...

tak baik tau..
sikit-sikit tembak cukoplah dek...


peace no war!


riaklah ko ni bang...


Hari ni dengan suka hati abah cok
Cok masuk opis lambat!
Cok kan dah A3 level!
Hahaha.. tipu je.
Saje nak riak...
Saja nak rasa cemana kalo riak dekat blog ni..
Bestkah cemtu?

Memang cok masuk lambat sket
Sebab kena collect chq book dengan cash-out duit dekat bank rimau skalik.

Macam biasalahkan..
Nak collect chq book tak yah line-up atau amek nombot!
Teros je collect dekat bank officer tu..
Makanya cokpun terus menuju ke meja bank officer itu
Tengah cok leka turunkan tandatangan cok yang takde nilai ni
Pastuh isi pulak nama yang sedap ni kan sekalik dengan no. ic,
Tiba-tiba officer tu tanya..

Officer tu : u ada amek tak ASB Loan dengan bank kita orang?

Cok : takde.
(ekceli cok tak fokus sangat apa yang dia cakap sebab tgh sebok isik no. ic sendirik)

Officer tu : kenapa tak amek? menabung untuk masa depan.. untung tau asb ni.
(teros cok pandang tepat dekat muka dia bila dengar dia cakap pasal ASB rupanya)

Cok : oh! ASB ke. i ada akaun ASB. tapi buat saving sendiri je lah tetiap bulan.
(kalau aku tipu skalipun.. bukan dia tau kan? makanya - harus aku tipu dia!)

Officer tu : u ameklah yang ASB loan ni. i dulu masa mula-mula keje i amek RM20k punya, bayaran balek untuk tempoh 20 tahun. untung tau sebab kalau u dapat yearly dividen tu, PNB teros kira atas RM20k ni. kalau u just buat your own saving, PNB kira atas amount yang bulan-bulan u simpan tu je.

Diapun gigihlah amek kalkulator kirakan untuk cok yang betol2 konon tumpu dekat penerangan dia tu kan. Dia tunjukkan dekat cok total dividen yang cok dapat kalo amek yang RM20k tu. Walhal dia tak tau dalam hati ni, cok menyumpah dia bagai nak gila sebab cok rasa dia adalah rabun siang. Dia tak nampakkah cok bawak henbek dengan bekal di tangan ke bagai semua tu... Itu maknanya cok belom masok opis lagilah! Jam dah dekat pukul 10am abang T oi! (nama dia setat dari T ok) Masa ni lah ko nak approached aku dengan pelbagai pakej menarek bank ko kan? Aku nak pergi beli roti canai lagi ni...

Cok : uii... banyak yer dividen dapat kalo amek RM20k pun!
(buat-buat kagom!)

Officer tu : yer, memang banyak. lagipon senang, kita buat auto-debit teros dari akaun gaji u. i dulu memang amek RM20k. sekarang dah up la.. i amek RM60k teros.

Waceh. waceh.....
Ko ni sambel bagi penerangan ko berlagak kan?
Yelah dulu memanglah ko amek RM20k je
Kot-kot masa tu ko sekadar teller je dekat situkan.
Sekarang dah promote jadi bank officer lah pulak katanyer kann..

Naseblah muka ko tu stock sedap mata memandang jugak..
Tunggulah jugak sampai habes apa dia nak brief kan...
Kalo yang stock saket lagi bisa mata memandang
Harus cok tipu dia lagi kata cok memang dah amek ASB loan tu
Cok amek yang RM15k je...
Bayaran balek 5 tawon punya!
Tapi tak potong gaji i.. potong gaji laki i!
I duduk besarkan dada je kekdahnyer....

Pamplet dia bagi cok tu
Cok dah buat bungkus pad!
Fundek!

Jangan lupa menabung untuk masa depan!
Cok rasa nak amek public mutual punya la..
Tijah.. borang plissss!


panas!


Lately ni kan aku sangat hairan
Suhu badan aku ni macam sesuatu je..
Since last week lagi jadi macam ni.

Pagi-pagi lepas mandikan..
Aku dah berpeloh!
Very hotttttttttttttttttt!
Boleh rasa woo kat dalam badan ni seakan-akan temperature aku mencanak naik!
Bila pagi-pagi dah rasa badan ni berbahangkan..
Masa tengah bersiap-siap tu siap dengan panas, berpeloh..
Bila semuanya bersatu..
Makanya mood pun dah macam pundek!

Pagi tadipun aku kena lagi..
Baru lepas keluar bilik air kan...
Punyalah berbahang aku rasa badan aku ni.

Sebab apa ya?

Adakah sebab aku amek ni...




side efek dari jentayu ni ker?
yang sepatotnya jadi ketat tetiba jadi paneh plak?



Last week jugak aku ada mentekedarah kurma kambeng
Abah yang bawak balek, lauk kenduri katanya.
Makan kambeng tu petang, balek dari keje.
Malam tu je jangan cakap hangat dia!
Rasa nak menelanjangkan diripon ada..
Tapi itu memang dah taulah kan kenapa badan panas!




akak dengan kambeng memang macam besfren..
maklumlah laher tahun kambeng katanya!



Masa karoke hari tuh pun sama..
Kawan-kawan aku yang lain semua jenuhlah menahan kesejukan
Siap ber-shawl2 ke bagaikan..
Masa turun dari keter tu dah teringat nak bawak shawl aku tu..
Tapi masa tupun dah rasa bahang dalam badan ni semacam.
Bila dalam bilik karoke tu siap dorang slow down kan air-cond
Dorang tak tahan dah kesejukan..
Akak tak.. akak panassssssss!!!!


Risaulah..
Kenapa yer???



haiwan yang patot korang bela...


Masih tertanya-tertanya sampai sekarang...

Apa sinonimnya aku dengan dia?






???

korang dah paham?

belom?


kalo baca yang bawah ni...
agak-agak korang paham dah?





Masa buat kuiz ni memang naluri aku kuat kata..
Haiwan itu nanti adalah harimau atau singa!
Paling busukpon beruang atau gajah la...

Ujung-ujung result keluar...

Orang utan ok!


Sekarang aku dah tau kenapa tiap kali kalo pergi zoo atau menonton animals planet ker kat tibi, kalau ada je orang utan, aku memang kusyuk giler tengok!!!!!



Dekat kuiz tu cakap :
(aku kopipes yer)


orang utan
haiwan yg paling memahami sikap manusia
kerana die pon orang gak..
kne pandai jge hati die sbb die cpt terasa hati..
bley dijadikan psgn hidup klo da xde org nk kt korang!!


Mula-mula aku nak komen, siapa yang create kuiz ni yer?
Bukan apa, pemalas nauzubillah!


kne = kena
jge = jaga
klo = kalo
da = dah (haiyokk.. nak tambah huruf "h" pon, very lazy ka?)
nk = nak (ni pon sama jugak!)
kt = memula aku sangka "kata", rupanya "kat"
(tepok dahi-pelepap!!!)


2, 3 kali aku nak kena baca resultnya. Baru aku boleh faham apa yang dia nak bagitau rupanya! Hadoiii... what's the problem huh????? Tak cukup ruangkah kalo kena tulis penuh? Itu sms kah? Tak bleh lebih 60 patah perkataan kah????? Kot yer pun nak short cut2 ke bagai... berpada-padalah adek!


Siriyes.. aku tak suka shortcut2 yang melampau ni!

Okeh lupakan bebeh!





Sila fokus...





Kepada suami ku terchenta...
Bersiap sedia untuk ke medan perang
Sebab selepas ni awak akan ada pesaing hebat!

Siapa?

Berpegang kepada kata-kata result kuiz tu kan...
"bley dijadikan psgn hidup klo da xde org nk kt korang!!"




lupa diri sekejap!


Sabtu lepas adalah perjumpaan akak dengan kawan2 skolah akak
Kan dah kata 2 kali sebulan wajib jumpa!
Peduliklah laki masing2 bagi ke tak kan...
Takdelah... tipu je tu
Masing-masing mendapat restu dari laki masing2
Walaupon ada yang membuat cobaan tarek muka empatblas!
(laki akaklah tu)

Karokelah apa lagi!
Jimat ok kalo gi karoke ni sebab pakej dengan makan skalik kan..
Dah save duit di situ....

Kali ni kita orang karok dekat Sunway Pyramid
Macam serik je karok dekat Red Box, Sogo
Lagipun malas ok ujung2 minggu nak kena masok KL
Cukuplah 5 hari 5 malam akak dah kena mengadap jalan KL ni
Kenot tahan bebeh!



mencarik perfume di parkson
atas desakan ayang
tadelah.. tipu aje!
kawan ayang yang kirim


Jumaat lagi kawan akak, Ayang, dah booked kat Red Box kol 11am
Dapat bilik kecik sketlah kali ni
Tapi takpe...
Tolak je meja2 tu ke depan..
Kita bayarkannnn?
Hahaha...



atas - zuraini dengan ayang
bawah adalah akak dengan ayang
keriru aku kenapa muka ko lagi banyak ni yang???



atas - zuraini dengan ayang lagi
bawah - ara dengan akak cok la..



ni masa dekat red box


Ekceli kali ni jumpa kita orang dah tekad!
Nak karok sampai lebam..
Kalo boleh nak 6 jam sebab hari tuh last jumpa dekat Sogo
Cam jahanam je kekdahnyer kan
Baru nak panas
Ujung2 dah habes ko...

Red Box ni kan ala-ala kedekot sket kalo weekn kan..
Nak extend hours pon ala-ala macam nak kena merayu2 gitukan
Kuasa nak layan!
Tapi satu je akak suka kalo kat Red Box ni
Lagu banyak yang latest..
Sound system best!
Makanya takdelah dengar sangat suara yang ala2 ke laut ni kan..
Hohoho!

Memula dekat Red Box dari kol 11am-1pm je
Nak extend tak dapat
Ekceli kita orang dah main kotor sket..
Memula dah booked kol 11am punya atas nama Ayang
Pastuh booked jugak kol 2pm punya atas nama Zuraini plak!
Hahahaha..
Padan muka Red Box kena tipoooo!!

Tapi pas habes karok dekat Red Box
Cam rasa nak tengok wayanglah plak kan..
Kita orangpon naik ke TGV
Panjang ok orang berator..

Kita orang nak tengok citer hantu tu - JANGAN TEGOR
Akaklah yang nak tengok sangat tu...
Naseb kawan-kawan akak ni semua saling bertolak ansur
Dah tua-tua ni.. dah ada anak masing-masing
Takde nak majuk-majuk lagi ke bagaiiiii lagikan?
Masing-masing fleksibel je...
Ni susah kalo dapat kawan nak ikot kepala dia jeee...
Pastuh sket2 nak merajok!
Lemas akak!!!

Sekali tu akak dengan Ayang jenuhlah tengok kat skrin tu
Nak tengok showtime Jangan Tegor kol bape kan..
Ujung-ujung takde ko!
Orang ramai line-up tu sebab Fast & Furious 4..
Akak dan kawan-kawan akak sangat hairan di situ!
Poster JANGAN TEGOR ado!
Tapi showtime nan ado!
Camno tuh?

Kepada kawan-kawan akak yang akak sayang sangat tu..
Patotlah takde woy!
Pagi ni budak opis aku bagitau
JANGAN TEGOR belum launch lagipon!
Khamis ni - 9.4.2009 baru kuar...
Hahahahahah!!!
Matiklah kena maki ni.....

Then Ayang ajak karok lagi
Tapi kali ni sambung dekat AMPSQUARE lak
Baru bukak katanya ni
Still dekat Pyramid lagi
Dekat bawah yer!
Kita orang amek dari pukul 2pm - 5pm
Hohoho!
Lebam!



aramakkk.. nampak jamban!!!!
mantap tak???? hahahaha...
ni dekat Ampsquare
not bad! best jugak.. :)


Kali ni karok sangat hevenlah!
Walaupon akak diserang hingus pada hari tersebot!
Tetap layan jugak
Korang bayangkanlah
Kalo dah sampai menanyi panjat2 kosi kekdahnyer!
Pastuh siap baring-baring ke bagai
Akibat makan manyak... masing2 mengantok!



ni lunch buffet kita orang kat ampsquare
kenapa dah macam kenduri je akak tengok?
ada eskrem tuuuu...




akak dah rasa macam nak kena pukol je pasni..
sebab tayangkan gambar2 ni di khalayak ramai niiii...




woooo!!!
matiklah akak lepas ni kena pukol!!!!




hahahaha!!!
tak guna ko tutup muka ko yang!!!!!!
ngahahahahahah..
kak cok nak lari laju-lajuuuuuuuuuuuu....




apapon memang bestlah jumpa korang!
akak berdoa sangat
semoga kita orang kekal berkawan sampai bila2!
leb uol... mmuuahhh!


moral of the story..
lenkali kalo jumpa lagi bawak camera maseng2..
naseblah korang je kena candid dengan kak cok kan!
dah hari tuh kak cok je ada camera...
hohohoho!!!




babai!
kak cok nak lepak dekat fesbuk....



disable comment


Entry ni saje je aku update
Sebab ada orang buat speku-an pelsu
Dia kata aku adalah pemalas..
Pemalas ke?

Lappy ekceli dah ok
Stimikpun dah ok jugak kat umah
Penyaket dalam diri ni je yang tak ok lagi!

Aku nak bagitau jugak kat sini
Mulai dari hari ni
Aku akan disable komen untuk setiap entry aku
(sampai bila.. tatau!)

Ala...
Bukan apapon
Aku rasa macam sangat tak adil untuk readers aku
Aku dah jarang reply komen sekarang
Situasi keje yang tak mengizinkan
Bila mood tak berapa nak bagos
Kesan dari tekanan kerja
Makanya terbawak-bawak dekat blog sendiri
Kadang-kadang aku tak log in langsung dekat blog sendiri
Nak taip username dgn paswed sendiripon malas!
Cemana tu?
Aku jadi visitor untuk blog aku sendiri

Blog kengkawan yang lainpon
Aku ada masok
Tapi macam aku cakaplah
Aku tak log in
Makanya nak drop komenpun tak dapeklah kan...
Aku jadi silent reader je lah sekarang
(salah ke jadi SR ni???)

So untuk bagi adil dan saksama
The best way adalah disable-kan je komen untuk setiap entry aku
Win win situation bleh?

Ye la..
Akupun pergi blog korang aku tak drop komen
So same goes to mine oso!
Kalo korang drop komen tapi aku tak reply
Then aku pulak tak drop komen dekat blog korang
Aku rasa sangat guilty!

Tapi ekceli pada aku
Tiada paksaan dalam bab komen-mengomen ni
(bukan romen-beromen yer! tu feveret tijah dgn piah... hahahah)
Kita kena ingat
Kalo kita sendiripun bukanlah tegar sangat mengomen dekat blog orang
So what do you expect?

Korang blogging sebab apa?

Apapon..

Blogging ni kena ikhlas babe!
Bukan blogging sebab nak menunjuk
Aku ada ni, aku ada tu..
Atauuu...
Aku takda ni sebenarnya - tapi aku tipu dekat blog aku ada... bleh???
Lagi macam jahanam kalo ada blogger macam tu!

Aku sayang semua readers aku
Silent readers aku sayang
Kengkawan blogging yang lainpun aku sayang!
Sangat hargai dengan kehadiran korang semua!
Tapi demi keadilan
Dan takde kes2 kecik hati ke haper ke kan..
Disable komen tu jalan paling bagos untuk aku!
Tapi aku memang takdelah nak kecik2 ati ke
Ke haper ke kalo korang jarang2 komen dekat sini
Adil ke nak paksa???

Kesimpulan untuk semua ayat-ayat cinta cok kat atas tu kan...
Cok memang pemalaslah sekarang
Tepok tangan banyak2 untuk TIJAH!
Sebab dia speku penyaket cok dengan tepat skalik!




sekian dari saya yang pemalas!
tau besarkan dada je...
ada mantap?
ngahahah..



today's blurp!



don't be angry if i'm not replying ur comment. tapi sumpah nok.. mak baca semua komen2 korang dan ianya mampu buat mak gelak keseorangan tatkala mak berduka lara!
tqvm & peace no war!


(tues, 27.10.09)