syasya sekarang dah tak sekolah dekat Teknik Ampangan, Seremban lagi..
since semalam dia dah masok Teknik Sg, Buloh di mana ianya hanyalah sekangkang kera sahaja dari rumah kita orang..
kenapa dia keluar dari Teknik Ampangan?
opsssss... jangan speku ok!
syasya bukan kena buang skolah!
alhamdulillah.. tebiat adek aku ni belum datang yang pelik2 lagi setakat ni.
setakat ni yer.. esok lusa kita tak tau..
aku berdoa syasya sentiasa berada di bawah lindunganNYA!
(sapa tak sayang adek oi.. walaupon depan2 aku berlakon ala2 hitler!)
rasa hampir 2 bulan jugak syasya dah mengadu dekat mama dan abah yang kawan-kawan dia boikot dia..
kawan-kawan dia tu bukan orang lainpon..
semua kawan-kawan yang tidor sekatil, makan sepinggan, mandi sebilik air..
semua kawan-kawan yang kalau mama dan abah datang melawat syasya dekat sana..
tak pernah lupa bawakkan makanan lebih untuk dorang semua..
semua kawan-kawan yang kalau mama dan abah datang sana then bawak syasya keluar makan dekat bandar seremban tu, mama dan abah angkut sekalik dorang..
tapi itulah yang jadi..
mula-mula kita orang semua dah brainwashed syasya..
suruh dia buat tak tahu je.. ala budak-budak..
biasalah kes2 boikot ni..
masa zaman kita sekolah dulu lagi dah wujud kes2 boikot ni..
antara ko kuat dengan tidak je nak hadapi..
at first place.. syasya tahan.. dia lawan..
tapi akibat dari dia tahan dan lawan tu..
dia selalu kena histeria sebab dia stress!
senang cakaplah.. adek aku ni tak kuat semangat sket..
anak bongsu.. macam tu lah!
lagipon jauh dari mama and abah kan..
so bila kawan-kawan buat dia macam tu dia rasa sangat kehilangan!
mula-mula kengkawan dorm dia je yang boikot..
lama-lama merebak sampai ke satu kelas..
dalam kelas dorang perli-perli..
dalam dorm pun sama..
sampaikan dalam surau nak solatpon.. dorang buat jugak.
yang tak boikot syasya hanyalah budak lelaki sahaja!
aku rasa korangpon tau kenapa, kan?
lelaki malas nak amek port menda2 macam ni..
and sumore..
korang tengok sendirilah syasya tu..
aku kalau jalan dengan diapon..
aku noticed.. banyak mata-mata nakal suka tengok dia!
kalo jalan dengan dia.. kita orang ni ibarat
"beauty and the beast!"puiiiiiiiiiiii...
dalam seminggu lepas syasya dah berada dalam tekanan yang amat dasyat!
dalam sehari.. sebelum menjelang pukul 1pm..
dia bantai telefon mama dekat office sampai 3 kali..
mengadu tak tahan sangat!
aku bila dengar kesianlah pulak, kan.
fikirkan dia nak SPM tahun ni..
takot nanti menjejaskan tumpuan dia dekat study plak, kan..
budak sekarang tak sama dengan kita dulu..
sangat emosi dan suka bertindak melulu!
pengetua sekolah dah puas brainwashed syasya.. tak jalan!
dia nak balek jugak..
kesudahannya pengetua bagi surat pelepasan tukar sekolah..
pengetuapon takot nanti syasya amek tindakan melulu..
takot dia dah tak tahan sangat nanti..
malam-malam dia lari dari hostel ke.. kan?
tu semua kena fikir sebab dia pompwan!
masa mama dengan abah datang nak amek surat pelepasan tu..
mama cerita.. syasya nampak je mama dari jauh..
dia berlari then pelok mama sambel menanges macam budak kecik!
dia kata bawak dia balek.. dia tak nak lagi duduk situ!
dia stress sangat!
then mama kata..
"adek sabar, nanti mama dengan abah uruskan"lepas dapat surat pelepasan tu..
abah dengan mama buat tindakan seterusnya..
tak lupa abah bangun solat tahajud tiap-tiap malam!
mintak percepatkan dan permudahkan proses pertukaran syasya..
dan mintak supaya syasya tak buat apa2 yang diluar jangkaan!
mestilah risau sebab dia pompwan dan jauh plak tu..
dan alhamdulillah..
surat pelepasan keluar hari Isnin lepas..
hari Khamis minggu yang sama dah dapat keputusan Syasya dapat masok Teknik Sg. Buloh..
hari Jumaat abah pergi amek Syasya..
kawan-kawan yang boikot dia semua terkejot sebab tak sangka apa yang dorang buat tu sampai bagi kesan macam tu dekat Syasya.
lagipon Syasya langsung tak bagi hint dia dah dapat surat pelepasan..
apa lagi.. menangeslah masing-masing! insap!
dah terlambat dek non!
mujur aku tak pernah jumpa kawan-kawan dia dekat sana..
kalau tak.. konfem jumaat tu aku nak ikot abah amek Syasya hanya dengan 1 tujuan!
hahahaha... mujur.mujur!
alhamdulillah.. semalam Isnin.. Syasya dah masok Teknik, Sg. Buloh dan tinggal dekat hostel sekali. berkat doa tak putus-putus dari abah dan mama..
mungkin korang nampak hal ni kecik..
tapi sapa-sapa yang ada anak dan adek pompwan..
tentu boleh rasa macamana risaunya bila kena macam ni..
sekarang ni usaha nak tukarkan no. pusat exam dia plak supaya nanti dia seat exam dekat Sg. Buloh je, tak yah nak kena pergi Seremban.
aku tak kata adek aku baik..
diapon dah kena 'cuci' dengan mama and abah..
akupon ada cakap dekat dia..
'kita dalam berkawan ni kena selalu mengalah. sekali sekala kita kena jugak ikot selera kawan. lepas tu kalau dah baik dengan sorang kawan tu.. jangan semua hal dalam kain nak share, filter2 sket. simpan sket untuk diri kita.. sebab bila kita gadoh.. kawan baik tu lah yang akan jadi senjata utama sebab dia tau semua baik buruk kita! zaman sekarang.. kawan biar berpada!!'
dia dah tukar sekolah ni kan..
dia kena lagi 'cuci' dengan aku..
'jangan ingat dah tukar skolah ni, masalah lama takkan ada dekat sekolah baru ni. mana-mana kita pergi masalah boikot2 , dengki2 ni akan ada. mungkin sampai alam ko keja nanti.. terpulang pada ko, kuat ke tak nak berdepan dengan semua tu!'ujung-ujung aku dapat tau antara sebab kawan baik dia buat dia macam tu..
kawan baik dia pernah buat stetmen dekat mama..
'syasya cantek makcik. mana-mana dia pergi semua orang suka tengok dia. kalau dia jalan dengan sayapon, orang suka tengok dia.'
salah adek aku ker dia dilahirkan ada rupa sedikit?
baik jadi macam aku je la..
buwok! takde sapa nak kedengki..
tenang je idop aku..
walaupon ada sekor dua lalat busuk yang suka menghinggap..
sebesar kumanpon tak menjejaskan idop aku anak beranak!
sian ko kan?tu lah.. lenkali cuba jadi 'tak cantek' macam ayong..mudah idop!