JOM SHOPPING!

tolonglah.. kan?


hi.. selamat hari selasa!

hari ni akak macam biasalah pergi keje naik bas, kan?
pagi tadi naik bas metro katanya..
sebelah akak yang duduk hari ni adalah amoi cina..
mula-mula aci india yang duduk sebelah..
bau dia adalah 'wangi' yer.. :P
fresh air akak dapat!
nasib akak sembur kenzo flower dekat badan akak hari ni..
makanya akak membuat tindakan drastik dengan mencium pergelangan tangan sendiri sampai aci tu turun dari bas..
nasib aci tu turun dekat jj, kepong..
kalo diapun turun dekat kl jugak?
sampai kl akak akan nampak cacat!

akak peliklah adakalanya tengok orang ni..
kenapa tak nak tolong diri sendiri yer?


maksud yang lebih dalam adalah:-
  • kalau dah tau rambut tu tak cuci dekat 3 hari, tolonglah buat sesuatu. janganlah dibiarkan sampai orang sebelah kaupun bleh terbau bau bantal ke, bau minyak ke... tolonglah kan? kalau dasar pemalas.. pergilah saloon mintak tolong basuhkan.
  • kalau dah tau keti** kau tu, kau lupa nak shave dan kaler adalah tidak sekata pula.. tolonglah pakai baju ada lengan ye. tak pun kalo yer lah gemar sangat pakai sleeveless ni, tolonglah jangan angkat tangan tinggi sangat bila dalam bas. tolonglah shave dan tolonglah pakai deodorant nivea whitening.. ni tidak.. mengucap panjang aku tengok!
  • kalau memang jenis malas gosok gigi bila mandi pagi, dalam bas tolonglah jangan nak bercakap-cakap atau sesekali bukak mulut! menguap pun tolonglah tutup mulut kau dengan tangan.. afifdani pun pandai kalo menguap tutup mulut! ni ada hati nak berbual-bual di telefon tangan sepanjang jalan dalam bas.. pencemaran ok! kuman!!!
  • kalo agak-agak nak jugak sembang dengan kawan kau yang duduk seat berlainan dengan kau, pergi je lah berdiri sebelah dia. senang! jangan duduk seat sebelah aku ni. takdelah satu bas tau apa bijik butir kau bersembang dengan kawan kau tu.. bising tau tak?
  • jangan bawak ikan naik bas ekon, bleh tak? ikan tu ke yang demand nak bas ekon atau kau? pening dan rasa nak pitam adalah efek sampingan para penumpang lain yer...

ok cukup!
kang kurang pahala poser akak hari ni kang..
akak tak kata akak ni pefek!
tapi kalo korangpun sanggup ke nak buat macam tu semua?
sedar diri, kan?
tau bawak diri, kan?

astagfirullahal'azim... (sambel urut-urut dada)

apapun akak bersyukur sangat-sangat sebab sepanjang akak naik bas akak tak pernah lagi kena berdiri..
berkat doa yeop dan afifdani yang selalu berdoa permudahkan perjalanan akak ke tempat kerja waktu pergi dan balek.. :)

alhamdulillah... (sambel menadah tangan)



012 & 017 users yang tengah ON D!


sebagai pembuka tirai akak nak mengadu domba dulu..
tak suka ok hari isnin! (ulang 10x)

ok.. ada sedikit lega selepas itu!

korang pakai line talipon apa?
ni akak nak share satu informasi bagus untuk 012 & 017 users..
especially yang tengah 'ON D' cam akak ni kan.. :P

akak ni kan sebelum melelapkan mata sangat suka mengugel portal web maxis dekat hp akak yang cikai ini..
nak-nak pulak kalau time prepaid akak tengah lebat, khan??
dan-dan tu lah gatal nak update status FB dekat hp..
dan akak selalu kena marah dengan yeop sebab dia kata itu adalah amalan syaiton! (membazir ler..)
yeop selalu membebel "nanti bila kredit habes.. manjang nak share top-up dengan saya, manjang nak redeem points saya.. tu je lah keje"
habes.. apa guna ada suami, khan??
tapi yeop bagi je akak share top-up dia.. dia bukan kedekut..
saje la nak tunjuk kat akak yang diapun pandai membebel yer!

abaikan hal akak laki bini tu..
berbalik kepada info yang akak nak share dengan korang ni..
sabtu malam lepas masa mata akak tengah suam-suam kuku mengantok..
akakpun gugel la portal web maxis tu..
lepas akak update status FB (nak jugak, kan?)..
akak terpandang akan icon baru ni..
mungkin dah lama tapi aku kot baru noticed!

bila kita ada dekat main page MY MAXIS tu..
scroll ke MY CATEGORIES..
selalu kalo nak ker fb, fs kita akan klik dekat SURF THE WEB, kan?
cer korang klik dekat APPS-1 STORE (applications-1 store)..
bila dah klik situ akan keluar list of the applications yang boleh korang download ke hp korang..
ada yang free dan ada yang kena beli..
korang klik NEXT, at the second page tu korang akan jumpa satu application yang bernama GI & Calorie Counter, price RM5.00 yer bukan FOC! GI itu adalah Glycemic Index.

GI & Calorie Counter Application

Check out the mobile GI & Calorie Counter packed with nutritional information including cholesterol, fats & saturated fats for hundreds of common foods. It comes with a range of recipes to follow, a BMI and GI Index and a Junk Food checker.


akak sangat tak menyesal lepas akak beli application ni..
dekat dalam tu ada macam-macam infos tau tentang kalori dan lemak setiap makanan..
contoh macam korang tetiba rasa nak makan pizza, terus je carik dekat application ni apa segala isik abah zat2 yang terkandung dalam pizza itu..
kalo nak makan sanwic with turkey slice.. agak2 berapa kandungan lemak, karbo, kalori.. semua ada dekat situ..
BMI calculator pun ada jugak..
recipes ada, fast food checker ada, food index ada..
kiranya pada akak.. sangat useful la application ni!
sebab sekarang kalo akak nak makan apa2 yang LUAR BIASA tu kan..
akak cek dulu kat application tu.. berapa agak2 lemak tepunya!
hahahaha.. kalo tak kurus jugak ni, tak taulah apa nak jadi..
sampai tualah gemok gamaknyer!

so.. kalo agak-agak kredit ada banyak, bleh cuba donlod.
tapi kalo tak best, ko jangan claim kata akak yang hasut yer!
akak sekadar nak share info yang bermanfaat je dekat sini..

okay... semoga kita semua berjaya dengan misi kita..
hari ni akak puasa untuk hari ke-12..




pish ma.. pish!!
gud luck to mama... :)



Lecithin Weight Loss Supplements


korang ada amek apa-apa supplements tak?
selain dari bidadari ke, jentayu ke, tongkat ali ke, kacip fatimah ke, mas cotek ke... ado?

akak dulu masa kawen berat akak 80kg yer!
ada berat anak gajah tak? tapi alhamdulillah yeop tetap berkenan.. (kelip-kelip mata)
lepas tu naik lagi sampai 85kg... ternak lemak banyak-banyak dalam badan ni..

lepas tu dalam tahun 2004 keinsapan datang tiba-tiba..
slow-slow akak cut down akak punya senarai makanan..
no nasik! no air batu! no lemak-lemak tepu ni..
hanya wholemeal bread makan dengan tuna atau buat cicah dengan apa-apa lauk gantikan nasik..
air plak.. air suam sahaja atau limau suam atau teh o limau suam..
100 plus kadang-kadang akak minum bila terlampau dahaga..

then akak tambah dengan supplement plak..
akak amek Evening Primrose Oil (EPO) & Lecithin..
EPO tu akak amek sebab nak balancekan hormon wanita akak ni..
hormon akak ni sangat senang jadi inbalance bila berat akak mencecah 80kg!
mulalah period akak berlari ke sana dan ke sini..
adakala sampai 3 bulan tak period... apa kes?
akak mengandungkan lemak haiwan, kah? seram ok...
bila amek EPO.. dalam 3 bulan alhamdulillah period akak datang on the dot dan haper segalah abah senggugut semua dah takde lagi...
untuk pre-menopouse pun elok amek EPO ni..

Lecithin plak akak amek sebab masa beli EPO tu, phamarcist tu yang advised suruh amek sekali.
Dia kata bagos kalau nak turunkan berat badan sekali..
akakpun amek ler tanpa sebarang harapan yang tinggipon!
dah lah akak beli brand KORDEL'S masa tu..
tiap-tiap bulan duit habes beli supplements je..

tanpa akak sedar lepas akak amek both supplements tu berat akak turun sampai 75kg!
takde excersice apapun masa tu kecuali control makan dan makan supplements tu lah..
kemudian baru akak joined kelas erobik.
then turun lagi sampai 65kg..
masa masok erobik tu tak amek dah supplements tu semua sebab sangat berlagak yer..
ingatkan erobik dah cukup, kan?

makanya.. sangat bagus Lecithin ni sebab dia jugak mampu mengurangkan kolesterol dalam darah kita..
dan itulah rahsia mama akak "KAK NOR" selama ini..
dia tak pernah miss amek both supplements tu since dia berumur dalam 30-an gitu..
ala kalau ada miss pun takdelah tinggal lama sangat, kan..

dan semalam akak curik sebijik Lecithin kak nor... hahahah!!!
lepas buka puasa, akak telan sebijik..
esok akak gaji ni..
akak dah ada nawaitu nak makan balek Lecithin ni..
tak yah amek pil2 kurus ni, memudaratkan nanti.. (akak dah kena ok!)

so kepada sesapa yang tengah mengalami masalah berat badan terlebih macam akak ni dan dalam proses murni nak kurangkan sket berat badan ni..
(akak nak kurangkanpun sket je.. 18kg je.. 18KG OK! sket kan? nak pitampun ada ni..)
moh ler kita cuba lecithin ni yer..
ekceli ramai tak tahu benefits of lecithin ni..
tu akak nak share dekat sini..

berat akak sekarang biarlah rahsia yer!
nanti kalau dah banyak reduce..
akan akak reveal-kan di sini sebagai pembakar semangat kepada yang lain..
okeh betti?
kalau tak reduce-reduce jugak, sampai matiklah berat badan akak adalah rahsia!
huhuhu... tiba-tiba rasa seram kalo betol tak reduce2 jugak!

semoga kita semua berjaya..
insyaALLAH!


Lecithin Weight Loss Supplements

Lecithin is an excellent source of choline which has been shown to increase fat metabolism and aid in weight loss. The body produces lecithin naturally in the liver, but lecithin supplements made from soy can be added to the diet to support weight loss.

Lecithin is a phospholipid, one of the many contained in the cell membranes of all living organisms, whether plants or animals. The term is often synonymous to phosphatidyl choline (PC), which many in the scientific community use to refer to lecithin.

One of the many functions of lecithin is emulsifying fats. In the body, lecithin is present in bile, a digestive substance produced by the liver and stored in the gall bladder to aid in digestion. It is critical for the absorption of fats and fat-soluble vitamins in the small intestine and serves as a major route for eliminating cholesterol. The presence of lecithin in bile is primarily to keep the fatty acids from mixing with other organic molecules also found in bile, such as bile acids, cholesterol, phospholipids, and bilirubin. By acting as an emulsifying agent, lecithin ensures that bile does all its functions smoothly.

Another function of lecithin is to help burn fat. When you eat fatty foods, the fat gets deposited in the liver, which will then break it down so the body can use it as a source of energy. If the fats are not properly broken down, they will accumulate and can become rancid producing free radicals that damage liver cells. Lecithin in liver cells helps facilitate proper functioning of the liver, particularly in fat metabolism.

In addition, lecithin helps keep fats in liquid form. That way, they do not cling to the veins and arteries and clog the passages – a symptom of the condition called atherosclerosis. By dispersing fat in the water instead of letting them stick to the walls of the arteries, lecithin aids the cardiovascular functions of the body.

The ability of lecithin to facilitate fat burning makes it a valuable compound in the weight loss and diet community. In fact, the compound is currently marketed as a lecithin weight loss supplement, an alternative weight loss regimen for those who want a diet quick fix.






Of course, lecithin can be naturally found in foods that we eat. Certainly, foods that are rich in lecithin are foods that we often include in our daily diet, such as egg yolk, soybeans, grains, wheat germ, fish, legumes, yeast, and peanuts. However, if these are not enough, lecithin weight loss supplements are also sold in capsule, powder or granular form.

Lecithin weight loss supplements are highly filtered. That means they contain less than 35% of phosphatidyl choline while the rest are made of various substances. Majority of these lecithin weight loss supplements are derived from soybeans, although egg yolk lecithin weight loss supplements can also be found.

But while lecithin weight loss supplements are valued for their phosphatidyl choline content, the real benefit you get from supplementation is the boost in choline levels your body receives. As an essential nutrient, your body cannot manufacture choline and hence you always depend on the foods that you eat and supplements in order to get your supply. However, there have been reports that people who take large amounts of choline supplements end up emitting a fish like smell, discouraging others from taking the supplement all together. Instead, they take lecithin weight loss supplements, which contains phosphatidyl choline, which when synthesized turns into choline.

Lecithin supplements can be found at your health food store or even ordered online. The lecithin weight loss supplements can be taken via powders, in pill or softgel form. It is relatively inexpensive and is a popular supplement for dieters and has the added benefit of lowering cholesterol.

-source from : http://lecithinguide.com-


*puasa hari ke-10 hari ni.. 5 days more to go..
lepas tu sambung lagi kalau terdaya, insyaAllah*


menu puasa ke-8

selamat menyambut bulan Rejab yer semua..

ada yang dah mula puasa ganti or puasa sunat ke?
wah! stetmen macam ustazah kan?
tadelah...

semalam balek umah dengan penuh santai sebab pukul 5.50pm camtu dah tiba kat umah..
muhammad azraie amek semalam naik motor yer..
lepas tu teros tukar naik keter plak pergi amek afifdani dekat skolah..
afifdani masok dalam keter nampak je muka akak, teros..
"mama nak pergi giant?"
again? hari-hari ok dia mintak!
"kan mama kata.. orang pergi giant ni hujung bulan je.. orang kaya je pergi giant hari-hari afif oi!"
"ooo.. tunggu mama gaji?"
haaa.. taupun kan?

then singgah pasar malam yeop nak beli dinner dia dan murtabak untuk afifdani..
singgah plak kedai kat umah, akak suruh yeop belikan bawang holland untuk akak..
gedebak-gedebuk sampai kat pintu umah dalam kol 6.30pm lah jugak..

habes mandi tengok jam kol 7pm dah..
kelam kabut masok dapor prepare makanan nak buka nanti..
alhamdulillah sempat..



tarraaaaa...



semalam buka makan roti wholemeal dengan beef sauce lagi..
tapi kali ni akak rasa beef sauce akak lagi maveleslah!
lettuce tu sekadar alas roti then letaklah beef sauce di atasnya..
murtabak tu akak rekues nak rasa sket sebab nampak sangat tempting ler..


hari ni akak puasa untuk hari ke-9..
korang tolonglah doakan untuk akak supaya jauhkan mesin penimbang dari pandangan mata akak ni..
pandir apa kau ni tetiap minggu nak timbang?
kang takde perubahan kang, meroyan plak!


puasa hari ke-7 (22.6.2009)


semalam balek dalam hujan dengan yeop naik motor.
akak rasa dah macam dalam citer KL Menjerit je... hahahah!!!
dan kasot akak adalah basah lencun..
macam tau-tau je gaji bulan ni akak dah plan nak beli kasot baru buat pergi keje..
dan-dan tu jugak dekat ujung-ujung hari kasot akak kena air tak ingat punya..

memula akak plan semalam akak nak buka puasa dengan berlaukkan wholemeal bread bersama-sama spicy baked beans..
dah balek dalam basah dan penat tak tau nak cakap cemana..
terus akak ajak yeop buka dekat luar je..
tapi balik mandilah dulu kan..

akak buka dekat ghulam mee semalam dengan menu akak adalah sepinggan mihun goreng dan segelas teh tarek..
akak tak kuasalah nak amek gambar ke bagai semalam sebab sangat letih..
malangnya mihun makan separuh je sebab half way makan akak dah rasa sangat kenyang..
efek yang bagus, kan? nak tahan baper lama macam tu, entah ler!

disebabkan afifdani telah beranikan diri memotong rambut di saloon yang tak seberapa itu..
makanya semalam akak upah dia bawak dia pergi jenjalan dekat giant, kd sajok!
akak sangat tak faham kenapa dia sangat suka pergi situ..
walaupun omak eh lagi berganda-ganda suka sebenarnya pergi situkan..
tapi sekarang inikan wang kita masih di ambang wati!
bahaya pergi tempat-tempat macam tu.. huhu!



jugak babah dia upah dia makan baked potato cheese with cheese
dekat wendy's situ jugak..
afifdani memang feveret apa segala cheese ni..




balek umah akak balun epal hijau 2 bijik
efek dari rasa menyesal sebab akak ada termakan cheese itu!
sejuk rasa badan dapat makan epal sejuk camtu..


*puasa hari ke-8 hari ni..
tengah gagahkan diri sebab tak bangun sahur pagi tadi..
semoga kuat semangat hari ni!*


rambot baru...


sabtu lepas akak bawaklah afifdani pergi gunting rambot sebab dah rasa nak menanah dah telinga akak ni dengar babah tok dia membebel sebab lemas tengok rambut cucu dia yang hamper mencocok mata!

mula-mula afifdani refused! tapi dalam keter akak pujuk dia kata camni..

akak : afif.. potong rambot eh? babah tok bising la..

afifdani : tak nak potong rambot.. nak pergi giant!

akak : nak pergi giant kena potong rambot dulu. kalo tak, tak bleh masok giant tau.

afifdani : haaa.. pergi giant heh?

akak : ok.. potong rambot dulu yer?

afifdani : nak! nak! nak potong rambot.. nak pergi giant! mama nak potong rambot, nak potong rambot! (sambel melompat-lompat dalam keter)

akak : jangan nanges ok masa potong rambut nanti..

afifdani : ha.. tak nanges. mama, mama.. nak potong rambot! nak pergi giant..

akak : yerrrrrrrrrrrrrrrrr...

settled satu bab!

masa potong rambot dengan amoi tu memang afifdani tunaikan kata-kata dia..
dia duduk sangat diam..
akak adalah amek gambar guna hp yeop, malaslah pulak nak transfer katanyer!
later-laterlah yer..


sebelum


ala-ala noh - vocalist hujan
sebab matapun dah tak nampak, khan!




selepas


ala-ala temenggong jugah!
sebab nampak mata dengan kening jugak segala isik dahi!




korang geram tak tengok?
kerusi punya besar, lapang kenapa mesti nak duduk dekat arm rest?
alasan dia 'afif nak tengok tv ni'
hai.. tengok tv kena duduk dekat situ ke?


*masih berpuasa untuk hari -7.. hari ahad akak off!*




teruskan usaha lagi..


yer akak tau akak dah melanggar janji dan ikrar..
ni semua gara-gara hari jumaat petang balek dari keje akak termasok bilik adek akak..
then akak ternampak penimbang pulak!
tanpa sedarkan diri terus akak panjat timbang tu sambel mata akak, akak kenyitkan sebelah.. (neveslah konon!)
yer naseb menyebelahi akak...
jarum penimbang menunjukkan ke angka *tuttt*...
dengan itu terkuranglah berat akak sebanyak 3kg sudah setelah 5 hari puasa!
yes! yes! yes!
alhamdulillah...

ala orang badan macam akak ni setakat 3kg tu belum menampakkan apa-apa perubahan lagik..
cuma dah bleh rasa seluar ada ruang sikit nak bernafas di bahagian pinggang, peha dan kelengkang! :P
juga ada sedikit pengecilan size pada ketumpatan perot yang membuncit ni.. sikit je pun!
tapi takpa..
semangat akak terus berkobar-kobar ni..
ditambah pulak ada 1-2 orang kawan-kawan akak dekat FB pun ada yang dah loose weight sekarang..
tengok gambar dia orang sekarang membuatkan akak bersemangat nak teruskan usaha akak ni..
sangat banyak lagi nak kena turunkan ni..
akak kena keja keras lagi ni..







dan hari ni hari sabtu - 20.6.2009, akak maseh berpuasa lagi..
puasa ganti dan sekali dengan niat nak turunkan berat badan demi untuk kesihatan sejagat!
doakanlah semangat akak kuat yer..
dan doakanlah akak berjaya kali ke-2 dalam hidup akak menguruskan badan ni..
amin!!!

akak jugak tengah cuba untuk mengelakkan diri dari mempamerkan gambar di khalayak umum selagi akak tak hilang 10kg!
semoga berjaya jugak sebab akak ni jenis sangat menggedik bila nampak camera..
nak-nak pulak tengah pakai cantek2 dan mekap cantek2.. khannn?
amin!!!

okaylah babai..
akak nak pergi prepare juadah berbuka puasa untuk hari ke-6 ni..
daa...





hepi besday babe!


wah! akak sampai je opis terus buat entry ni dulu sebab tak nak ketinggalan jam yang terlampau banyak sangat katanyer khan..

kepada rakan seperjuangan akak di dunia blogging ni yang sangat-sangat akak sayang sebab dia sejiwa dan senaluri dengan akak dan dialah blogger pertama yang akak jumpa secara solo.. khak.khak.khak!!! dengan dia jugaklah akak bleh ketawa sampai bergegar-gegar dada dan keluar air mata hanya melalui YM sajok... mejik, kan?
akak jugak sangat berbangga kerana namanya kini menjadi sebutan di merata-rata blog.. aku tetap sokong kau, nok! lebiuuuuuu....

selamat menyambut ulangtahun nok..
yang ke berapa tu biarlah tuan punya diri yang membuat pengakuan sendiwi ya!

aku doakan semoga kau dipanjangkan umur..
dimurahkan rezeki..
dikurniakan kesihatan yang baik olehNYA..
sentiasa berada di bawah lindunganNYA..
dan semoga kau terus menjadi kawan aku yang GILO-GILO! :))




suka hati akulah tak nak sensed muka kau, kan?
khak.khak.khak!!!



HAPPY BIRTHDAY TIJAH

(entry baru dekat bawah yer)


day 4 - 18.6.2009


semalam alhamdulillah dapat selesaikan puasa dengan jayanya!
walaupun semalam kena selesema sangat dasat jugak sampai block habes idong ni, mata berair then merah, muka pucat lesi dengan bersin bersahut-sahutan..
kepala ada sedikit berdenyut tapi maseh belum rasa nak tumbang, alhamdulillah..
hanya berbekalkan 2 bijik panadol soluble yang dimakan masa malam sebelumnya..

owh.. semalam jugak masa balek keje dalam bas ada sorang amoi cina ni duduk sebelah aku.
dia bantai bercakap dekat talipon tangan dia dari jalan raja laut sampai pertengahan jalan ipoh maa .. choi!!!!!!!!!!! ma ka hai betol!!!
aku pasang mp3 sampai ke maksimum punya volumepun still aku bleh dengar jugak suara dia dok 'coceh-coceh'.. kuat ok! pun.pund.punde.pundek!
(kurang dah pahala puasa ni.. takpelah dia kapiaq!)


menu bukak puasa hari ke-4 semalam..
  • tri-chicken toast sanwic with black pepper sauce
  • hot green tea
  • sahur - maseh lagi quaker oats



korang bayangkan berapa besar mulut aku kena bukak nak makan sanwic tu?
dan bayangkan sambel ko gigit sanwic tu ada blek-pepper sos meleleh tumpah!
then ada 2-3 keping button mushroom terjatuh diikuti dengan
bawang, timun jepun dan bb tomato! maveles!!
then bila kunyah ada bunyi-bunyian yang crunchy
efek dari fillings yang banyak!
wow!!!!


tak yah susah-susah lagi nak makan sanwic dekat subway yer..
nanti aku nak try buat chicken terriyaki sanwic plak!


**maseh puasa untuk hari ke-5**

saya puasa...

monday - 15.6.2009 (day 1)


break-fast menu:-
  • chiken toast sanwic with black pepper sauce
  • nescafe panas
(hilang ingatan nak amek gambar sebab
tak teringat bleh di-blogout-kan sebagai rujukan nanti!)

  • sahur - oat
*************************************************************

tuesday - 16.6.2009 (day 2)

break-fast menu:-
  • beef sauce & whole meal bread
  • milo 'o' panas
  • sahur - oat


ala macam kuah dekat wendy's tu.. apa nama ntah!
macam kuah speghetti jugak buatnya..
basil jangan lupa!
sedap wo makan dengan roti!

*************************************************************

wednesday - 17.6.2009 (day 3)

break-fast menu:-
  • egg mayo sanwic
  • beef sauce & whole meal bread (lebihan semalam.. sayang!)
  • hot green tea
  • sahur - oat


beef sauce tu untuk seken day aku tambah mushroom
sebab masa mula-mula buat tu terlupa nak letak!



malam tetiba aku lapar plak..
baru teringat kenapa lapar, sebab buka minum green tea je..
kalo minum milo mesti tahan perot sampai sahur selalunya!
so.. bukak peti ais..
baby tomato cicah dengan mayo..
then timun jepun yang sangat crunchy dan tak pahit aku cicah
dengan cili sos life yang ada cili padi tu dengan mayo..
lazat jugaklah!


*************************************************************

so far alhamdulillah perot tak meragam lagi sebab sahur makan oat, kan.
aku berdoa sangat semangat aku kuat kali ni!
lepas cukup 30 hari aku ganti puasa dan buat puasa sunat baru aku timbang!
lepas ni blog akan lebih ke arah "diet entry"..
ngeh.ngeh.ngeh!

wish me luck frens... :)

credit to Zuraini @ Wakzu yang banyak bagi idea cemana nak buat sanwic yang best-best ni! jugak terima kaseh sebab telah memperkenalkan TIMUN JEPUN dekat aku.. :))
hahaha... wish u best of luck too, gal! muahhh....


kenduwi-kendawa...


let's pergi kenduwi ke melaka katanya..
haha.. kenduwilah sangatkan!
muka aku ni nak menghadiri kenduwi?

ekceli majlis yang sangat simple sajok..
akad nikah dan doa selamat je..
sepupu aku nikah dekat melaka hari sabtu lepas..
ni kira family abahlah ni..
anak abang dia..

akad nikah dijadualkan pukul 11am..
jumaat malam abah dah sound nak gerak ke melaka pukul 7am katanyer!
hazabnyer aku rasa!!

makanya gigihlah aku anak beranak ni bangkit pukul 5am kau!
aku je lah pon yang bangkit kol 5am nyer..
sharp pukul 7am aku 3 beranak turun ala2 tentera udara ke rumah bawah..
sangat membara ni sebab ujung-ujung aku mendapati mama pakai bajupun belom!!!!
syasya apa tah lagik.. tengah mandi yer..
abah belum balek dari masjid sejak-sejak subuh sapie lagi..
motif kena tipu dengan abah sendiri???




sementara tunggu yang lain siap..
moh ler kita test power dulu yer..




dalam keter kalo tak bergambar boleh demam rasanya!


on the way ke melaka abah cuma berhenti dekat hentian sebelah mana ntah..
tiba-tiba aku tak ingat!
sekadar membeli sarapan nasik lemak dan air nescafe bungkus..
dia kerahnya kita orang sarapan dalam keter je yer..
sampai melaka around 9.50am!
dari kl ni ekceli ada 4 families termasok kita oranglah..
tp yang lain belum sampai lagi..
macam biasa kalo pergi mana-mana mmg abah ni suka sangat sampai dulu!
adakala aku rasa tak best.. :(




semua berkumpul di rumah kakak abah yang sulung di paya ikan, bukit baru
sampai-sampai je kena potong buah pulek!!
adalah 5mins je aku pegang pisau tu.. :P

oh, perkenalkan itu adalah kazen aku..



dalam surau..


majlis mula pukul berapa aku tak perasanlah sebab keje aku adalah memerhatikan anak bujang aku yang dah buat surau macam bilik tido dia!

majlis akak nikah ni simple je..
untuk adek-beradek je..
kenduri besarnya dorang buat sekali dengan lelaki dekat jasin, melaka.
walaupun simple.. tapi..
aku sangat happy sebab bleh dikatakan hampir semua family abah ada!
lama tak berkumpul macam ni ramai-ramai..
sayangnya ebby dan ada lagi 3-4 orang kazens yang tak dapat datang..
biasalah ebby keje..




pasan tak aku je pakai suar?
lalalalala~~~ :P



aku sangat suka gambar ni! arahan oleh : nurul suhaina
okay.. kakna kira nanti korang lompat..
1,2.. jump! klik!!!!
tu semua sepupu-sepupu yang tengah masak ranum..
aku ni dah kategori apa ek? huhu!!



yaacob's brothers! from left - suhaimi yaacob, suhaidi yaacob,
shukri yaacob & zakaria yaacob




budak paling tak makan saman! takpe.. hari dia..


settled semua bab-bab nikah..
dah pekena nasik kenduri dalam 2-3 pinggan masing-masing..
masa untuk berehat dan beriadah..
kakak sulung abah reservedkan chalet dekat AIR KEROH D'VILLAGE (akdv)..
dapat special rates sket lah sebab husband dia 'somebody' dekat situ kan..
selalupon kalo weols semua turun melaka kalau tak dekat AKDV ni,
mesti dekat pengkalan balak.. tu je lah pon.
tapi aku prefer AKDV la.. lagi comfy!



tak ingatlah baper RM semalam..


aku suka akdv ni sebab...




hahahah.. tetap!!!
walaupon tak bawak baju mandi maseng2..
aku usaha rembat baju kazen aku yang sesaiz dengan aku ler!

oh.. yeop sangat sheksi ler.. :P
masa ni afifdani bantai tido..
eloklah pun sebab baru je mandi dekat DWP hari tuh kan...




budak-budak ni ajak aku amekkan gambar dorang nak posed!
ikotkan je lah walaupon aku agak suka, khan???

wakakakak..




lagi hasil arahan : nurul suhaina
tapi kan ada ke masa ni dorang suruh aku lompat jugak?
nak rasa ada belon gegar.. buleh la terai!


malam pulak adalah acara makan-makan..
a special treats from our uncle aziz



atas - chor & uncle aziz
bawah - aunty kinah & chor (kakak2 abah)




kaki yeop mongok menyelit.. dia sengaja ok!



aku tak makan sangatlah sebab maseh kenyang!




yeop sebok!



suprised for uncle zaman (baju biru - bil abah)
he celebrated his 63rd birthday on that day..
the cake sangat sedap wo!!



lady gugu & lady gigi!



pish!!!



pish lagi...


penat memang penat tapi sangat enjoyed dapat kumpul adek-beradek..
bergelak sampai ketaq2 peghot!
that was the very best moment that i never had after a few years ago!
next will be on my bro's wedd this coming august.. insyaAllah!

okay... entry panjang lebar, gambarpun kira banyak jugak..
nak banyak lagi ada lagi dekat FB..
ni cukup untuk kaver 2 minggu punya entry atau sebulan teros!


tentang bas awam...


selamat hari selasa..
minggu ni adalah hampir 3 minggu aku naik bas awam ke office..
selama 3 minggu tu ada macam-macam perkara yang best dan tak best yang aku alami..
apa kata kita cer yang tak best je, bleh?


yang tak best naik bas awam..
  • ada rasa nak lempang orang 100km/jam tak bila depan kita ada seat kosong tapi naik-naik je mat indon ni, sebelah kita jugak dia nak duduk. motif? fakkof laaaaa...
  • ada rasa nak muntah ijo tak bila tiba-tiba hidong kau dapat menangkap sesuatu bau yang ala-ala bau bawang mungkin?
  • apa perasaan korang bila naik je satu mamat ni.. dia duduk seat yang solo tu kiranya betol-betol sebelah korang cuma dia dekat row sebelah lagi satu la. (paham ke?) korang pun duduk seat yang solo tu jugak. tiba-tiba kau ternampak dia selak baju sampai ke dada dan seluar dalam habis semua nampak (biasalah lelaki kalau pakai jeans kan..) pastuh dia kibas-kibas baju dia macam kipas... ooo, dia panas libang libu rupanya! ekon bas metrokan sangat mantap! tapi perlu ke nak selak baju sampai macam tu sebab kita dalam bas ok! tatkala itu aku rasa peluh dia yang dia kibas-kibas tu kemungkinan besar ada setitik dua terbang hinggap terkena tubuh aku yang suci ni... adoilaaaaaaaaaaaaaa!
  • ada rasa nak buat makian besar-besaran tak dalam bas bila ada lelaki duduk sebelah seat engkau, dia sebok mengorek duit dalam poket seluar dia. lepas tu kejap.kejap siku dia tercuit sket pinggang kau, kadang-kadang ujung siku dia je kena, tapi kadang-kadang macam sengajapun ada rasanya.. mungkin dia takde niat apa-apa tapi AKU SANGAT TAK SOKA, OK!
  • apa korang rasa bila ada mamat kaplam ni naik bas lepas tu bantai bukak mp3 dekat hp dia tanpa sebarang alat bebas tangan atau earphone? kalau kaplam punya mp3 takkan dia nak dengar lagu-lagu Jason Mraz plak, kan? engkau yang tengah dengar mp3 guna earphone ni pon maseh boleh dengar bait-bait lagu dari mp3 dia. apakah? kenapakah? mengapakah? gilakah?

aku rasa 5 tu cukuplah aku shortlistedkan di sini..
kalo ikotkan ada banyak..
kalo semua aku recall balek efek dia nanti pada diri aku..
ujung-ujung aku rasa nak bawak keter balek nanti..

tapi aku takdelah sampai tahap stress bila kena baik bas ni..
sebab bila terbayangkan betapa aku sangat tenang dapat naik bas dan betapa aku dapat jimat banyak RM aku..
perkara-perkara yang tersenarai di atas, aku anggap sebagai cabaran ringan sahaja!
cina yang dress-up punyalah class, pakai hp touch skrin canggih, bau perfume sangatlah meruntum jiwa, muka sangat cantek.. selamba babik je dia naik bas pergi keje, kan?
ni plak aku yang selekeh macam pompwan tengah kecewa bercinta je rupa..
nak demanding ke bagai..
diva ke engkau?

amek kata-kata kak nor sebagai pembakar semangat..
"baguih pa naik bas. tayar gheta hang pun tak cepat haus!"

tak nak dok umah...


sabtu lepas..
aku rekues dengan kawan baik aku agar teman aku keluar..
tak kiralah pergi mana.. janji keluar!
tak nak dok umah!
bleh?
dasar lupa diri...

namapon kawan baik..
kenalah turutkan..
kalo tak menyesal nanti!

mula-mula lepak wendy's jj au2 sebab memaseng kebulur nazak tak ingat..
dan aku kena marah dengan wakzu sebab tak bawak lappy..
manalah aku tau wendy's situ ada free wifi..
lagipon aku tak rasa wakzu sanggup nak berat sama dipikul beg lappy aku nanti..
kalo ringan sama dijinjing tu aku konfem dia sudi!




aiyoo muka.. sangat gangster!




menten teratai layu.. hahaha..



lupa nak kaborkan..
afifdani ikot mamatok dia pergi kenduri dekat bangi..
al-maklumlah akukan tak suka pergi kenduri ni..
yer... memang agak keji! :P

pompwan tu menggeletis betis ajak aku berambus cepat dari jj au2..
siap nak topup kan aku minyak lagi janji aku bawak dia naik keter..
tu belum lagi part nak upah aku eskrem mekdi!
ok.. kengkawan ni kena tolak ansur..
ko dah nak temankan aku keluar, aku ikot plak taste kau, yer labu!




ni bukan candid yer..
memang dia merelakan diri posed camtu!

macam nak tahan bus je aku tengok..



tapi sangat geram mendalam sebab dia sendiri tak tau mana hala nak dituju..
tapi tak nyempat2 ajak aku berambus cepat dari jj au2 tu..
aku ajak lepak-lepak dekat lake garden sambel bentang tikar..
digelakkannya aku!




ow..
aku sangat suka gambar ni..

abaikan model kaki dekat belakang tu!





ok wakzu..
tentu ko sangat suka sebab 'nur' menyebelahi

muka kau untuk kali ini..



takde apa sangatlah aku nak cerita sebab kali ini hanya misi berjalan-jalan di sekitar brem mall yang macam haram! sumpah aku takkan jejak lagi.. so scary!
then terus shoot ke giant kd sebab nak makan jco katanyer..
tapi aku sangat malas nak ambek gambar untuk setiap rentetan yang berlaku..
jap nak on camera.. jap nak off camera.. koser ahh!!!
mana aku nak gelak sampai krem2 perot lagi..
semua nak dibuat salam satu masa..
kennot la..

balek rumah aku sangat rindukan budakkecik..
hahaha... stetmen langgar lari namanya ni!!
gatal sangat berjalan bleh plak claim rindukan anak.. tahniah!
tapi betol la.. terbayang-bayang di alis mata ini..

afifdani ada habit baru bila nak amek gambar dia..
nanti dia siap cakap 'ma.. pish, pish'
sambel buat tangan tanda peace!
tapi tanda peace dia bleh dia jadi 2 jari atau 3 jari kadangkala..



pish.. pish..




peace version afifdani..
tersendiri ok!


DWP - 4.6.2009


Allah SWT sahaja yang maha mengetahui betapa aku dilanda kemalasan berganda-ganda!
rasa macam nak menten fesbuk je..
tapi sayang sangat dengan blog ni..

semalam adalah hari berjimbaran dengan ahli keluarga..
yang tak ikot hanyalah babahtok afif dan pak ngah dia je..
pak ngah dia ekceli dah siap reserved off dia untuk join tp last minute diserang demam kekura!

takde apa nak cerita sangatlah..
enjoy tetap enjoy sebab akukan hantu air!
makanya tengok gambar je lah..




orang yang paling seronok semalam



kenapa afif sangat siriyes?



my little khalifah



mandi sampai lebam!



feeling model air jap :))



sorry.. 18SG!



feeling2 duyung.. hahah..



ni yang paling aku tunggu-tunggu!
nampak orang dah q untuk naik thunderbolt..
aku dah get ready kat bawah tu dah..
(i miss someone la masa dekat sini... huhu! :( )



nak balek ok..



my mom - kak nor



kenapa aku paling besar?
sedey... sob! sob!


dah.. nak tengok banyak gambar lagi gi akak punyer fesbuk je.
papai..


2 June 2009 - 3 Tahun




Muhammad Afif Dani Azraie

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Ke-3

Semoga menjadi anak yang soleh, taat dan patuh kepada agama..

Dan semoga Afif Dani akan menjadi seorang anak yang kuat dan tabah
dalam mengharungi kehidupannya kelak..

Babah dan Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk Afif Dani..





we do love you very much, dear!



today's blurp!



don't be angry if i'm not replying ur comment. tapi sumpah nok.. mak baca semua komen2 korang dan ianya mampu buat mak gelak keseorangan tatkala mak berduka lara!
tqvm & peace no war!


(tues, 27.10.09)