JOM SHOPPING!

eumora & diet



korang pernah try pakai eumora? sabun eumora tu la.. aku dah lama nak cuba sabun tu tapi ada sedikit ketakutan bergayut-gayut kat tangkai hati ni. so aku tengok kaknor cuba pakai dulukan.

kaknor pakai dah dekat 3 bulanlah rasanya.. ke 4.. camtula. aku pergi dekat2 muka dia, aku kelebet punya kelebet, aku nampak ada wrinkle! ouchh my prada! tadelah... kaknor muka dia secara jujurnya mana ada wrinkle sebab kulit dia adalah very the minyak! itulah bagusnya kulit berminyak ni. lambat nak ada wrinkle. kulit kaknor macam kulit aku jugak ada scar. kata anak beranakkan.. jerawat itu kadangkala bersifat genetik!

yer! aku kelebet punya kelebet, scar dekat muka kaknor dah makin kurang kau. nak kata terus tertutup scar tu, impossible-lah kan. tapi scar tu dah nampak makin halus. not like previous, nampak kasar. korang faham ke maksud aku ni? sila imajin sendiri...

makanya menggedik-gediklah diri ini nak mencubakan. lepas 2 hari aku pakai, muka aku adalah pink! masa yang pergi karoke dekat entry bawah ini, masa tu baru 3-4 hari kot pakai eumora. muka pink, then ada rasa macam nak mengelupas.. aku seram sejok jugaklah masa nak cuba sebab masa beli tu, akak yang jual tu cakap side effects dia ada macam2. certain2 orang nak memulih tu, jerawat yang selama ni dok kat dalam, teros semua keluar. begitu jugak dengan resdong. ada orang muka takde apa2, tapi resdung dan jerawatnya keluar dekat leher sebab sabun tu bleh pakai seluruh badan yer.

alhamdulillah la.. lepas seminggu pakai dah rasa ada perubahan sedikit. sedikit je... baru 2 minggu, apa kau expect, kan? antara perubahannya adalah:

1. takyah pakai bedak lagi. pakai sunblock sajek. kalau dulu, muka akak cam orang tak mandi kalau tak pakai bedak. kalau jalan belah malam dengan yeop pun akak kena tepek bedak tau. tak ske sebenarnya! rasa macam kulit tak bernafas. tapi terpaksa sebab takkan kalau kuar dengan kawan2 kemain kau berbedak, tapi bila dengan laki sendiri, sedih... kan? sekarang.. alhamdulillah. jimat duit akak!

2. minyak yang melampau2 dekat muka dah makin kurang. bukan takde langsung. tapi kalau dulu sampai tahap boleh buat goreng telor goyang minyaknya tu, sekarang dah jimat akak punya blotting tissues jonsen2 itu. alhamdulillah. jimat duit lagik!

3. dulu aku pakai nv. aku memang takleh pisah dengan nv sebab bila berenti muka tak glow lagi, then naik jerawat melampau2. kalau dulu2 korang ada baca aku selalu mengadu naik jerawat banyak kat dagukan.. tu sebab aku tengah dintis! bajet takde nak beli nv. bila bajet ada, pakai balek nv, makanya jerawat tak naik, muka cerah balek then ada efek2 glow di muka. sekarang.. alhamdulillah. pakai eumora ni pun mampu memberi sinar nur di muka. janji cara korang guna adalah tidak sesat.

4. scar dekat muka dah nampak makin halus. tak kasar macam dulu. ke aku yang perasan? takpelah.. janji efek itu memberikan keyakinan kepada diri sendiri untuk berdepan dengan orang lepas ni.. omputeh kata, self-confident la bai! penting tu tau.. adakala sendiri rasa tu pun penting dari orang lain yang rasa.

so far.. jerawat yang keluar efek dari memakai eumora tu, adalah 3-4 butir yang bersifat manja2 gitu. nak2 pulak tengah berdarah sekarangkan. harap2 sangat tak naik banyak. huhu!! takot jugak lepas sebulan naik terok plakkan.

aku tau.. mana mungkin scar yang ada ni akan pulih 100%! david blainepun kennot do it! tapi aku cuma nak skin nampak terjaga, tak kusam, tak gelap dan ada glow2 gitu. itu sudah memadai dan cukup syukur!!! mentenen untuk nv, ekceli tak tinggi bai!! tapi sebenarnya jimat.. kalau sesapa pernah pakai nv, mmg setuju dengan stetmen aku ni. untuk starter memang boleh mencecah sampai rm400 sekali beli. lepas tu.. ko repeat beli toner 1 and 2 je sebab dua menatang tu je yang cepat habes. yang lelain macam sabun, toner biasa dia and sunblock dia kalau kau pakai cara dia tak sesat, bleh tahan sampai 6 bulan! aku dah guna, aku tau lah. ni bukan propah yer.

tapi nv tak mampu nak hilangkan scar yang lobang2 ini.. tu sebab aku kena carik produk lain. kalau dicongak-congak eumora lagik jimat dari nv. takkan taknak cobakan???

kalau korang punya muka mmg takde scar and flawless.. bila pakai nv, lagi macam kulit baby tau hasil dia. janganlah bandingkan efek orang yang ada skin problem dgn yang flawless skin ni.. salah ok kalau korang buat comparison camtu. kalau kulit dah memang flawless.. bila pakai nv memang macam kulit baby hasil dia. ada efek blusher dekat pipi, nampak glow.. oh my gucci!!! i like!!! kalau ada skin problem.. efek dia takkan sama macam yang flawless skin, nak2 pimply skin. lain yer... kenapa perenggan ni dah macam ala2 nak sekolahkan pembaca je? tade2... bukan camtu yer. akak tau skin akak memang tak cantek, jadi awal2 akak nak gtau kalau ada skin problem then pakai nv, jangan mimpi hasilnya adalah seperti kulit bayi. tapi perubahan memang banyak!

tiba-tiba aku rasa aku dah mencarot pasal eumora ni sangat panjang lebar. makanya malas dah nak sambung plak pasal diet. tapi tetap berdiet ni.. cuma malas dah nak update macam selalu sebab balek2 sama je apa aku makan. nanti korang jemus.

later2 lah baru share cerita pasal progress diet ek? doakan aku berjaya.. konsep diet kali ini adalah biar lambat, asal kurus!

daaa....




karoke yang dah basi...


okeh sekarang baru ada masa yang banyak nak citer pasal sabtu 3 minggu lepas aku hang out dengan kawan-kawan skolah. alah.. geng2 yang sama je sebab yang itu je sangat2 sekepala.
ada gak terlintas di hati nak perkenalkan muka2 baru kawan2 skolah yang lain dalam blog aku ni kan.. malangnya watie & anny tak bleh join. maseng2 ada hal. its ok!



mula2 sekali haruslah muka akak yang ala2 apam tembam ni kan..
sedang tunggu wakzu sampai rumah..
cam biasa, pompwan tu tak tau nak ke pyramid sendirian..
haruslah aku yang jadi supir!



wakzu sampai, gerak plak ke rumah ara di saujana utama..
naseblah sekangkang gajah je dari rumah akak..
tension ok kalau jadi supir sebab..
kau sebok memandu, orang2 di sebelah dan belakang kau
menggilakan kuasa mengguna camera kau sesuka hatik!




muka2 kami yang perangai tak berubah2 sejak dari skolah!
bila jumpa.. perangai nakal masa skolah semulajadi keluar..
wuhuu.. sangat best!!!

layan karoke dekat amp square, sunway pyramid. sini memang sangat berbaloi compared to redbox. dapat karok dari kol 12pm sampai ke 4pm.. wah! sorga! kat redbox nak dapat camtu during weekend? kem salam taik idong masin!

masa karok dekat situ kiterang siap tukar bilik lagi sebab bilik yang mula2 dapat tu, feeling2 berada di bilik sauna! akak mana bleh panas. mula2 akak je memekak-mekak kata bilik tu panas. pelik jugakkan.. aku sorang je mamalia dalam bilik tu. yang lelain tu reptilia rupanya! hak! hak! lama-kelamaan baru korang tau panaskan? makanya dapatlah tukar bilik. kalau korang telek gambar2 kat sini penuh teliti, korang sure perasan ada 2 background yang berbeza. satu je kalau dekat amp square aku suka.. bilik dia cantek dan sangat comfy! sound system mmg tak bleh lawan redbox tapi quite good jugak. puas hati! that was our 2nd time karok dekat amp square. lepas2 ni kalau karok ramai2, memang pangkah dah redbox. amp square layan!



shikin yang sedang posed ala2 seorang gabenor!
wakakakak!!!
wakzu sebok sms.. mencik!



tengok cara2 menjadi seorang gabenor..
posed mesti ada gaya ok!
kalau nak jadi seorang peguambela dan peguamcara..
posed kena yang macam wakzu tu..
tengok.. pakai bajupun itamputeh!



itu kes tak cukop mikrofon!
hp pun boleyyyy...
yang pegang remote tu adalah ciri2 tangan seorang gabenor tu..
dah nampak dah tu.. :P



nak jadi seketari kepada gabenor, kena posed macam ayang..
weh mangkok! apsal mana2 je ada muka kau?
baper kali aku nak kena buat captured utk kau je??
yang sebelah ayang tu adalah patung lilin wakzu..



kiterang kalau karok kena ada dance floor..
meja semua tolakkan ke monitor..
so tengah2 tu mesti kosong..
mudah untuk kami menari-nari nanti..



antara makanan kiterang pada hari itu..
satu lagi kat amp square ni makanan dia adalah very the!
maveles!
yang ada bintang2 senyum tu, makanan aku ler tu..



ini adalah satu pemandangan yang kelakar..
dah tolak meja sampai ke skrin..
bila time makan haruslah semua mengadap skrin gedabak tu depan2 kan?
makanya jadilah macam aksi budak2 tabika kemas tengah makan tengahari..



barisan penari kebangsaan..
ara dan wakzu..
tu sipi2 tu adalah pinggul ayang..



MUH!



layan MUH harus atas kerusik yer..
ni semua ayang punya trademark..



bagi chance dia melayan perasaan depan2 skrin..
kejap lagi dia nak kena..


ekceli dah plan nak buat seprais dekat wakzu. masa karok tu 31 oct kan.. besday dia 3 nov tu nanti. so shikin dah merelakan diri nak buatkan kek untuk wakzu. wah.. murahlah rezeki kau lepas ni kin sebab menye-sponser-kan kek pada hari itu.



tadada!!! seprais!!!
siap ada lagu keluar lagi..
hepi beday.. hahaha..



choc moist shikin..
very the!



eee.. gediklah kau kan?



shikin bleh nyanyi lagu besday to u to dari mula sampai habes kau!
hahahahaha..
maklumlah.. penat bikin kek!



kita bagi special moment sket utk tukang buat kek dan si penerima kek..



doa dalam hati..
"nak kawen satu lagi cepat2"
ah! ah!



halah! halah!



kin.. kenapa sampai teleng2 kau?
mmm.. muka akak garangnyer!



disebabkan antara ber5 tu dada aku dengan kin yang paling mantap!
makanya harus berposed laga2 tetetkan?
ahahaha...



begitu juga dengan jamban weols...
padu! pejal!
hehe..


kan aku dah kata.. gambar ada super banyak! ni pun tak semua aku letak sini. selebihnya semua ada kat fb. seterusnya korang tengok je aksi2 menggeletis kiterang dengan dikareografkan oleh wakzu..



10 secs self timer
berlari2 aku panjat kerusi tau..









ni lepas dah setel menyanyi2 riang..
mintak tolong crew dekat amp square amekkan..
bak kata shikin "cam gadis lorong dah kita ni"



kat luar amp square..


lepas tu main bowling. tapi ai dengan wakzu tak main sebab kiterang feeling time kita orang nak tertonggeng2 baling bola tu nanti orang terkesima dengan jamban weols. makanya.. kami berdua duduk2 tengok jamban ayang, ara dan shikin je.




posed dekat pasta de gohan..
abaikan pewot aku yang memboncit ituw..
lupa nak kempiskan pewot masa posed tu..



wakzu dan shikin yang jakun tengok udang!


lepas bowling, shikin balek. sebab dia rabun malam! takot nak memandu kalau dah gelap nanti. ada gps pun tak membantu kalau dah malam katanya! so tinggal kami ber4 saje. dah plan awal2 memang nak makan sangat dekat pasta de gohan ni lepas dengar cerita si ayang. tahniah yang.. ko berjaya menambahkan lemak aku yang sedia ada ini.




model muslimah..



cer tengok display2 pasta dengan pizza kat tepi ituw..
bisa menggodam rasa!



garlic bread



muka maseng2 terpinga2 bila pizza yang sampai adalah senipis tisu!
tapi rasa dia.. perghhh!



ni yang paling maveles skalik!
tapi akak lupa apa nama specific makanan itu..



ara punya trifle..huhu!! sedap!!


sampai rumah adalah dalam pukul 9 lebih. dan wakzu bleh cakap dia tak bleh nak drive lagi sebab mata tak bleh bukak.. mengantok! apalah kan? lom lagi kena drive from kl to sg. petani tatkala di pukul 1 pagi. konfem kau tak bleh jadi co-pilot aku wakzu!!!






singgah le minum kat starbucks kota damansara jap..


ok tu je.
ending tatau nak berbahasa-bahasi camner dah ni sebab gila banyak gambarkan?
ada kene-mengena ker?


hujung minggu kakcok...


jumaat malam aku ajak yeop dating pergi tengok movie. afifdani macam biasa kena duduk dengan mamatok dia. padan muka afif! selalu afif je nak konker babahkan? this time, mama plak. sampaikan kita nak bersembang manja-manja dengan babah diapun, dia boleh tak bagi? habes, dengan sapa mama nak sembang?

hajar di hati menggila sangat nak tengok 2012. on the way back dalam bas, aku gugel showtime dekat web portal hotlink via hp. so aku decide nak tengok dekat tgv, kepong je sebab showtime lebih kurang pukol 9pm. takdelah lewat sangat habes. syian dekat afifdani nanti kalau lama sangat tinggalkan dia, kan. sekali sold out! watdefak! next show ada tapi lewat sangat.

then heading ke cineleisure plak. dalam keter roger2 dengan wakzu. sekalik dia kata dia nak join. ok.. no prob! cineleisure show pukul 10pm.. aku memang dah syak tak sempat jugak. sampai je kat cineplex, aku tengok orang q, aku rasa dah mual2. check showtime, sold out jua! yang pukul 12++ pun ada yang dah sold out dan ada yang tinggal entah berapa seat.

disebabkan wakzu adalah kebuluran yang amat dasyat, marilah kita makan dulu. ajak makan mekdi je taknak plak pompwan tu. kat cineleisure tu apa yang ada sangat tempat makan? so makan kat kopitiam tu je lah. ameklah kau makan mihun gorengpun bleh rasa tepong lagi! kalau makan mekdi dah konfem makan beger rasa beger, kan? gatey!




muka saket hati tak dapat tengok 2012!


oh yer.. wakzu datang dengan kawan dia. kawan yang bukan kawan tapi maseh tahap kawan.. camne tu? konsepnya adalah yuno, aino ok! dan maaf.. gambar kawan bukan kawan tapi maseh tahap kawan wakzu tu tak manislah kalau aku paparkan di sini yer. later2 nanti baru boleh :) so.. please pray for her. she deserve to be happy jugakkan?




yeop sedang bahagia menghisap rokok dengan kawan wakzu..
takpe, sekali sekala i tak kesah yer :)


PISAU CUKUR? mmm.. not bad. tapi yeop tak suka! yelah... cerita banyak fokus pasal hal orang pompwan. saket btol hati aku bila dia dah tak suka tu. tak reti duduk diam. sekejap2 picit kaki dialah. tumbuk2 kaki dia.. goyang2 kaki dialah.. aku yang dekat sebelah dia ni turut sama bergoyang2. nak buat cemana, tiket 2012 sold out kan?

tapi aku dengan wakzu gelak berdekah2 bila fazura tukarkan trademark OH MY GOD! tu kepada OH, MY PRADA! OH, MY GUCCI! OH, MY COACH! OH, MY LOUIS VUITTON! muahahahahha... wakzu siap cakap sambel bergelak-gelik kat telinga aku "nurul, we must practise that!" mangang!!!!

sabtu pulak adalah berjimba-jimbaan aku dengan wakzu. wakzu ajak karoke. ok my dear.. no prob! tapi gerak dari rumah adalah sangat lewat. sampai jj, au2 lebih kurang 4 suku.

aku, wakzu, adek wakzu - ika dengan kawan wakzu itu. cukup korum! harus teruja!




wah! sedapnya kau parked lengan kau tu kan?







gambar2 muka orang yang sangat gembira!



zulaika - adek bongsu wakzu
konsep dia pada hari itu adalah sangat muslimah!
tapi takpe, akak maafkan kau ika, sebab boyfren kau sangat menggegar dada akak!!!
wuhuuuuuuu!!!!





balek lebih kurang kol 11 jugak sebab singgah umah wakzu dulu, pekena laksa! perghhh.. teghoyak ok laksa wakzu!!!

on the way back, ada sms masok dari babahtok afif:

"ada dekat mana dah? afif asyek asyek dok tanya mana mama ni?"

hai lah afifdani.. tak kasik chance langsong mama nak feeling jadi muda jap tau!

ahad duduk rumah sebab stoks baru masok.
korang... jeans adalah sangat cantek2. naseb anak aku lelaki, kalau tak aku bagi dia pakai codduroy kaler pink belang2!!!
so.. check it out kat blogshop kakcok eh? will update asap!


cemburu tatkala malam buta (finale)



cerita ni 2 episod je eh. bukan macam nurkaseh yang dipuja-puja tu.. so nak tau kesudahan, sila baca sampai habes, jangan skip every single linepon ok? tegas ni!

sedih! yer aku tak tipu masa tu perasaan aku memang gila down dan sedih. teros imajin bahawasanya pompuan itu mesti kurus walaupun dah tau kurus2 ni bukan taste yeop, mesti keje skali dengan dia, maybe staff dia or maybe asalnya adalah regular customer dia!

ya ALLAH.. aku memang tak sangka 2-3 menjak ni selalu sangat mendengar masalah rumahtangga kawan2 rupanya sekarang it happened dekat aku jugak. selalu suruh kengkawan sabar, tapi aku sekarang yang langsung tak bleh sabar walau sesaat!

dan aku dah lama tak rasa perasaan yang macam tu sejak aku kawen dengan yeop. dulu masa berkawan memang selalu la. jantung berdegup laju, kau bleh rasa darah naik dari kaki teros ke muka lepas tu muka rasa panas! betol ni, aku tak tipu... huhuhu :(

kan dah menyeru "let's perang" kan? pedulik pukul berapa ok. jenis gelojoh macam aku ni nak tunggu esok pagi baru nak tanya? kemsalam maut yer!

aku : b, ni nombor sapa ni? *sambel menggegar-gegarkan bahu yeop*
(suara sangat tegas tatkala jam menghampiri 1 pagi, ada aku kesah?)

yeop : apa?
(terkebil-kebil nak bukak bijik mata sebab ada table lamp sedang menyala dekat tepi belah kiri dia)

aku : niiiiiiiii... 017 ni nombor sapa? dia ada miskol awak pastu awak kol plak dia balek. sapa ni? ni.. ni.. sapa?

yeop tenyeh2 mata dia pastu tengok nombor kat hp dia yang aku letak betol2 depan bijik mata dia. masa ni memang lupa dah ok bab2 dosa meninggikan suara kat suami tatkala suami sedang diulit mimpi!

dengan tenang dan penuh selamba sambel dia pejam balek mata dia, dia jawab :
kan nombor syasya tu.

?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

aku teros amek hp aku, aku check plak recent calls aku.

damn! damn! damn!

aku memang ada dial nombor itu jugak 2-3 hari lepas.
suddenly kepala hotak aku ni teros teringat syasya dah tukar nombor hp dia. abah pernah sms aku bagi nombor baru syasya tapi aku tak update lagi phonebook aku, begitu jugak yeop!

aku letak hp aku, hp yeop. aku switch off table lamp tepi yeop tu, aku amek bantal aku tekop muka, aku gelak!!! dan itulah jugak jawapan kenapa suara pompuan tu ekor2 dia sama dengan suara aku...

bangang tak?

tak habes lagi ni..
sabar yer sebelum korang nak mencarot dekat aku, baca lu sampai habes.

keesokkan harinya aku cerita dekat yeop apa aku dah buat semalam pastuh aku tanya kenapa ada miskol, then dia ada call syasya balek semua tu kan..

yeop : awak kalau ke mana-mana tak suka bawak hp. turun ke umah makpun malas bawak hp. saya call hp awak masa tu nak bagitau esok tu saya kena tukar shift. awak tak jawab. saya call hp syasya, dia tak jawab. lepas tu syasya baru pasan agaknya miskol saya, dia miskol saya balek. tu yang lepas 10mins miskol dia, saya kol dia balek tanya awak ada mana. syasya kata awak baru je naik umah dah dengan afif.

yeop geleng-gelengkan kepala entah berapa kali akupun tak terkiralah! aku malu tengok muka laki sendiri sampai tak bleh nak explain lagi dah. kita orang bantai gelak baper kalipon tak taulah!!!

ada lagi ni.. sabar kalau nak mencarotpun.. sabar yer.

selang 2,3 hari, abah mintak tolong yeop amek syasya balek dari skolah sebab yeop shift petang masa tu. syasya bawak kawan dia sorang tumpang skali.

dalam kereta...

syasya : haa bang.. hari tuh tengah2 malam abang ada kol tapi letak plak pastu sms tanya adek dah tido ke belum, apsal?

yeop citer kat aku, masa tu dia giler tak tahan nak gelak. dia nak cerita yang betol tak sampai hati, bleh? stetmen "tak sampai hati" tu membunuh btol aku rasa. tapi btol gak sebab ada kawan syasya masa tu.. kan?

yeop : entah.. ayong kau tu, bukan abang. apsal ntah dia.


moral of the story:

1. jangan cemburu buta

2. sila update cepat nombor ahli keluarga sendiri sekiranya berlaku pertukaran



to syasya if u read this : itulah jewapan apsal ada sms memalam buta dari nombor abang naie kau hari tu.

to wakzu : mekaseh sebab tak komen entry semalam dan tak pecah lobang sebab kau dah tau cerita ni. aku dah cerita kat kau masa dalam keter nak amek ara hari tuh.

to kau nok : jangan risau apa2.. dan jangan mencarot banyak2 kat aku ek? lite2 je udah ler.. wakakakakaak!!! btw.. thanks for your concerned nok! lebiuuuu..

to kau jugak nok : sms aku yang berbunyik "wos, dah sleep ke?" 2 malam lepas.. takde kene mengena dengan kes aku ni eh. so kau jangan perasan yang kau adalah orang yang disyaki!

to yeop darling, i know u'll read this : saya tau awak memang sayangkan saya dan tak rahsiakan apa2 dari saya. i'm sowi darling!!! (diharapkan terus meneruslah tak berahsia yer, b?)

kepada korang yang komen semalam : sebenarnya mmg takde niat langsung nak buat part2 dan nak bagi suspen ke apa. lepas aku dah taip entry semalam sampai ke part "sedihhhhhhhh :(" tu.. demi ALLAH aku tetiba malas nak habeskan cerita. teros decide.. ahh publish je lah, buat part 1. sekali baca komen... aik? suspen ek entry tu? dapat plak ym dari kau nok.. pastu kau pulak nok kol aku.. bleh gelak2 cam haremkan?? si jah kemain risaukan aku tau? kau bleh gelak2 sampai akupun gelak2 berair mata bagai...

korang ada rasa nak belasah aku tak?

larikkkk...







cemburu tatkala malam buta (part 1)


kesah ni dah berlaku adalah dalam 2 minggu lepas rasanya. tapi ni ha baru ada masa nak share dengan korang.

masa tu yeop dah tidor. afifdanipun dah tidor atas katil dia sebelah kanan aku. makanya aku ni ibarat bunga di tengah-tengah kumbang yang tidor suka berdengkur la. aku masok tidor lambat sket dari 2 ekor kumbang tu sebab cam biasalah.. melayan fb and chatting, khan.

letak je kepala atas bantal, mata tak bleh nak lelap plak sebab tetiba fikiran aku diganggu oleh masalah kengkawan yang mengalami masalah mahupun kegagalan dalam rumahtangga mereka. sebab 2-3 menjak ni memang aku dikelilingi oleh masalah kengkawan yang macam tu. aku menjadi pendengar yang sangat setia dan yang mampu aku buat, sekadar bagi sokongan dan kekuatan je untuk dorang. nak nasihat banyak2, naseb sendiripun tak tau apa cer kan?

tetiba aku tergerak nak buat spotcheck dekat hp yeop. selama ni aku monitor sms je. call in, call out and missed call, giler jarang aku monitor. sms memang selalulah. kdg2 sms kat hp dia masok, aku yang baca dulu then baru yeop baca.. bolehhhh? yer... boleh!

yeop tidor ni.. akupon panjangkan tangan, amek hp kat sebelah dia nun di sana. bukak sms.. ok! bukak plak tang recents call. tiba-tibakan korang, mata aku tertumpu kat satu nombor ni sebab nombor tu takde dalam phonebook yeop, dats mean, tataulah sapa yang call khan? aku moskel agak mendalam sebab nombor tu ada miskol yeop lebih kurang kol 9.20pm. after 10mins, yeop call dia blek ok! huhuhu.. kenapa yeop call dia blek ek? nombor dah lah tak save kat phonebook, kenapa yeop sangat curious sampai bleh return call balek? knowing us, kiterang takkan return call mana2 nombor yang kiterang tak kenal yer. so kalau ada pernah terjadi kat korang semua yang cemolot dengan aku.. itulah jewapan kepada masalah itu ye.

masa tu jam lebih kurang kol 12++ dah. mulalah dalam kepala aku ni dah fikir macam2. aku nekad, nak call nombor tu. nak tengok laki ke pompuan yang jawab. then aku call sambel jantung aku ni berdegup-degap cam jantung lembu. korangggggg... pompuan yang jawab ok! tatkala pukol 12++ pompuan tu maseh nak menjawab call??? apakah ini??? then aku teros cancel the call. aku dapat rasa kalau aku gi check bp aku kat dr. dennis ni, konfem dia suruh aku masok wad! menyirap ok!!! tapi aku pelik jugak, apsal suara pompuan tu ekor2 dia ada macam suara aku? taste yeop ni sampai ke suarapun mesti sama ke? ingat badan je!! hahahaha...

aku tenung muka yeop yang tengah tidor tu tajam2 dan aku nekad.. let's perang! pedulik! yeop tak pernah rahsiakan apa2 dari aku, kalau ada pompuan suka kat diapon selama aku jadi isteri dia ni, semua dia cerita kat aku. huhuhu.. masa malam tu aku tak sangka tau.. selama ni keje aku memberi kekuatan untuk kengkawan, rupanya aku yang tak kuat sekarang.

then aku nekad buat2 sms plak kat nombor tu. akupun sms "tak tidor lagi ke?" aik.. tak reply plak. aku syak.. mesti yeop dah pesan kat pompuan tu "yang, i hanya akan call u during my working hours je ok. selain dari tu, kalau2 ada call or sms from me, jangan sesekali u jawab or reply! bahayer!!!" sampai macam tu lah aku imajin dialog yeop dekat pompuan ituw!! sedihhhhh :(

sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :(

hey korang! korang tipu akak tau?


kepada buah-buah hati dan dada kakcok sekalian di sini..

dekat blogshop kakcok ada new items yer sayang. di BESTKIDDOS ada BABY BIB sementara di WOMENSTUFF pula ada 100% SHAWL. kalau ada yang berkenan, bleh order. kalau takde takpe.. maybe esok lusa ada, mana taukan? silakan buat keje2 mencuci mata yeah di 2 blog di sana yeah? link semua ada di atas nun... cer pandang atas, haa.. atas lagik.. lagik atas.. tapi bawah header tau. jumpakan? then click yer!

hey.. korang jangan mencarot kat akak tau. 3-4 menjak ni memang takde entry2 bangang yang cam selalu tu dari blog akak ni. semedang entry pasal meniaga je. bukan apa.. 3-4 menjak ni pon rutin harian akak itu je. buat keje2 meniaga je. belom ada cerita2 menarek yang boleh dipaparkan di sini. ehhh.. tapi sebernarnya ada ler khan? entry karoke dengan kengkawan skolah akak 2 minggu lepas tak update2 lagi.

okeh.. secara otomatiknya akak dah ada bahan untuk update blog akak. yang penting bahan akak 100% asli yer. bukan khayalan yang menjelma tatkala memandu ke pejabat di tengah2 kesesakan jalan raya! boleh je nak update cerita khayalan kita.. tapi ujung2 entry jangan lupa gitau yang tu adalah cerita khayalan korang semata-mata.. ok? tak baik tipu tau.. ALLAH marah ok!

ok.. tatatititutu :)


motip akak buat tajok entry cenggitu?
akakpun tak tahu kenapa! hihihi!





my 2nd blogshop is ready for you dear...



alhamdulillah.. satu hari suntuk dok menggodek blogshop aku yang ke2 tu je... sampai saket2 pinggang tau. sapa kata senang nak meniaga via online ni? susehhhh jugak ok!!!

ok.. taknak membebel panjang! sebab aku sangat letih! atas bawah dah mengadu mintak ampun nak tidor je ni..

kepada semua readers aku yang suka akan wangi-wangian ini.. aku boleh dapatkan korang perfume 100% authentic! aku jamin sebab stock perfume aku semua aku beli dari supplier aku ni almost 2 years! supplier aku ni dapat dari seberang laut yang asli tu yer.. aku dah pakai baru aku berani jual kat sini. insyaallah.. takde masalah bab2 keaslian ni.

korang kena cepat yer sebab stok semua dah ready baru sampai sabtu lepas. so sebelum korang nak order (kalau nak order la.. tak nak takpa.. tiada paksaan, maybe next time ke...kan???) pastikan korang baca dulu OUR T&C yer? penting tu... sebab untuk perfume OUR T&C are totally different yer. semua info ada di sidebar.. bukak mata bulat2, carik yer? ado!!!

so.. inilah blogshop ke-2 aku dan cukuplah ada 2 je blogshop. mak nak pitam ok!!! tapi mak seronot bila tengok account mak hari2 ada duit masok. alhamdulillah.. rezeki afifdani :)







http://bestwomenstuff.blogspot.com



dan berita baik untuk pencinta shawl sekalian.. lagi 1-2 hari aku update stok untuk shawl plak. shawl ni adalah sama kualiti macam di ariani. but the price is more affordable. semua keperluan untuk waniter2 ni aku akan letak dekat BESTWOMEN tau! senang... korang takkan saket mata nanti tengok ada baju budak, ada perfume.. fenin! so... tunggu ok. stok petang nanti insyaallah, kalau tulang 4 kerat besar mak gajah ni maseh gagah, aku update malam ni jugak! okeh darling???

cepat yer sapa yang nak perfume tu.. sekali lagi diingatkan, baca dulu T&C untuk beli perfume tau! agak strict sketlah sebab barang mahal dan aku tak mahu menanggong risikonyer. so harap korang faham yer. kalau tak faham.. sila cekik leher sendiri!

BESTKIDDOS jugak maseh beroperasi seperti biasa. dan aku sangat bersyukur untuk permulaan ini, feedback sangat positif dari anda semua. terima kaseh sangat2 yer. sayang korang!

ok.. tata!!!


bestkiddos is ready!


DEAR VALUED CUSTOMERS..

ALL STOCKS AT BESTKIDDOS HAVE BEEN UPDATED!

WE HAVE MORE CUTE BABY JUMPER, MORE VARIETY TOP AND
VERY SWEET GOWN FOR GIRL
FROM ASSORTED BRAND.

JUST YM OR EMAIL ME WHATEVER ITEMS
THAT SUITS YOUR KIDDOS.

CHECK IT OUT

YOU MUST READ THIS ENTRY...


dekat seminggu uol.. seminggu.. aku tak cukup tidor. bila tiba hari jumaat ni aku rasa dah sangat high time! tengok cermin, bawah mata dah mula ada i-beg. lepas tu bila letih campur dengan sedang berdiet2 manja.. bleh imajin tak tahap flat-nya cemana?

ni bukan aku nak berlagak kata aku bisnes ribu-riban yer.. aku cuma nak share je dengan korang semua yang aku tau selalu bagi kata-kata semangat dekat aku walaupon ada yang mencebik, tapi perlu ke aku kesah? bila aku takde duit, ada ke orang nak datang tolong dengan murah hati campak helaian2 wang depan mata aku? orang keje BNM pun blom tentu bleh campak2 duit camtukan? kan wos kan? kan?

aku tak pernahlah bersembang dengan orang dekat talipon sambel pejam mata melainkan zaman bercinta dengan yeop dulu gayut sampai ke subuh katanya.. tu pun segar lagi mata tu!!! ni tadi bermesra-mesraan dengan kawan akak dekat talipon, bleh plak sambel aku bersandar dekat kerusi, urut2 pewot tetiba mata aku tertutup! demmit! mmg dah terok ni... ke sebenarnya tu adalah efek dari kesedapan menggosok pewot sendiri yang selari dengan buah dada ini?

alhamdulillah.. blogshop aku menampakkan tanda2 positif. terima kaseh sangat kepada kawan2 yang bagi full support dan membeli-belah dari blogshop aku tu yer. saya sangat hepi.. pelan-pelan kayuh ma.. takkan baru bukak blogshop seminggu stock semua dah habes jual, kan?

oleh kerana itu, aku mendapat idea untuk membukak plak blogshop lagi satu untuk jual barang-barang lain selain dari kiddos stuff ni. maybe tudung, shawl, original imported perfume, seluar tecit kalau ada.. hahahaha! tade... yang tu tade.

yang perfume ni mmg dah lama aku melanggan dengan supplier aku ni. delivery very prompt, perfume memang confirm ori, price very affordable uol compared to counter.. paling best kalo korang dapat yang tester.. long lasting gila!!! ala.. tester ni luak sket je. kadang2 tak luak lagi, tapi memang dibuat khas untuk tester so dia lagi lasting compared to a new one. cuma sumtimes takde box, takde cap (penutup), dan dah luak ciput giler dan price lagi murah dari yang baru. dari dulu aku prefer beli yang tester dari baru..

so buat masa ni yang aku dah ada supplier adalah untuk perfume sajok dulu.

jadi, nantikan kemunculan blogshop kakcok yang ke-2, eh? eh?
tak lama.. kejap jeee ada nanti.

nanti kakcok war-warkan kat sini apa url-nyer eh!!!

saaaaaaaaaaaaaaaaaayang korang banyak tau!!! meh kakcok nak pelok, pelok kakcok sedap tau. tak caya tanya tijah dengan wos. siap ada momentum lagi bila korang pelok kakcok! hahahahahah...

tunggu yer everibadi!


**cam harem tak tajok entry akak? paksa korang baca.. cam ada benda hot2 je kan? sowi yer adek2.. kakcok tak reti nak jadi pereka cerita semata-mata nakkan perhatian dari anda semua. susah2 plagiat jelah entry blogger lainkan? no! no! biar kakcok tak update blog 3 purnama sekalipon namun untuk mencipta cerita sedih, cerita tauladan, cerita akak banyak duit walhal sementara je banyak duitnyer.. cerita akak teringin nak ke seberang laut walhal tak mampu tapi disebabkan nakkan sinaran lampu lip! lap! lip! lap! dari pembaca.. sanggup menodai kepercayaan pembaca... BLOGGER PECAH AMANAH namanya tu yer!**

silalah murka dengan kakcok sambel mencarot berbakol2 sebab tipu korang.. aim sowi!




kakcok dgn yeop sesama cuti.. tp penat giler ok!



rabu aku cuti lagi.. kebetulan sama dengan yeop. dia cuti sebab dia claim ph dia yang deepavali hari tu. hari ni ada banyak keje nak kena buat. lepas hantar afifdani ke skolah dia dalam kol 11.30am tros ke post office plak, hantar order kat customers. eee.. aku feeling aku macam dah bisnes ribu-riban kau siap dah ada customer bagai ni.. hahaha!!!

lepas lunch dekat damai tros ke umah zura kat ampang budak opis aku yang cuti bersalin itu. tapi dah habis dah pantangnya. aku pergi sebab sabtu malam ni zura jemput aku ke kenduri cukur jambul baby girl dia.. malangnya aku tak dapat nak attend. so aku pergilah siap2 dengan yeop awal2 ni.




amacam.. ada rupa mama voge tak?
fateen afrina dah besar, dah bukak2 mata dah..
aku sangat kekok nak pegang baby ler..
cer tengok lipatan pewot aku dengan tetet adalah selari!!!
aku malas nak sensed bagai sebab aku tengok cantek je bila dua2 tu selari..
tapi so far yeop tak pernah keriru lagi mana satu pewot mana satu tetet yer..


selesai ke ampang, teros ke wangsa maju plak jumpa supplier baju aku. aku amek stok lagi nak tambahkan lagi koleksi baju kat blogshop aku tu. bila sampai je, supplier aku bukak bonet keter dia, huhu aku rasa nak koma je tengok! satu beg besar yang bleh masukkan 2 orang budak besar afifdani!! teros dah rasa mual2 sebab dah bleh imajin cemana hazabnya nak belek satu2 then nak amek gambar plak.. tapi takpe.. mana ada keje yang semua nak senang je kan?

kemudian aku dengan yeop teros ke desa park city sumwhere around manjalara sebab aku teringin nak makan kat kluang station. mula2 ingat nak makan laksa ke.. sup2 ke..




kakcok punyer - hot lime juice
abang yeop punyer - hot coffee



ni tataulah specific name dia..
ala2 kaya toast bun gitukan..
ni abang yeop punyer yer..




haa.. ni baru kakcok punyer uol!
vegetarian tossed noodles tajuk dia..
haiiii.. sangatlah sedap
tapi share dgn yeop sket taktik mengelakkan aku makan banyak ler..




aku rasa kluang station punya menu lagi layan dari otwc..
aku rasalah..
sebab aku dah berbulan tak makan dekat otwc itu..




sempit ahh dining dia..
boleh lemas jugaklah kalau bawak afifdani ni..



sebagai penutup entry hari rabu..





the pinky-winky laki-bini.. bleh?
sumpah akak tak suruhpun yeop pakai jugak..
dia yang pilih sendiri dalam lemari dia lepas dia tgk akakpun pakai pink!
ahahahahaha.. akak nampak gambar tu so suwit la..
bleh tak feeling cemtu sesekali?


** jangan lupa cecuci mata dekat blogshop cok eh? ada banyak stoks menggila cantek punya sedang menanti anak2 anda semua. guess, oshkosh, h&m, jamboree, next, gap, old navy.. gila cun! aku sampai juling2 mata masa amek gambar stok tu semua.. gewam! cantek!!! akan di-update secepat yang mungkin. banyak gambar nak amek.
and special thanks to my beloved hubby - azraie sebab sudi sama2 menanggung saket pinggang. sayang b banyak ok! nak hadiah collect malam jumaat nanti yer!**


akak tak tipu.. akak penat sampai tahap hilang napsu ni ok!



kakcok cuti...


selasa dan rabu aku cuti! ujung-ujung tawon ni, haruslah habeskan sisa-sisa cuti yang ada ni kan? kata cuti 20 hari setawon khannn...

tapi malang sketlah sebab yeop cuti rabu je. tapi masih ok lagi sebab selasa yeop keje petang. terasa nak bermesra-mesraan berdua sahaja. makanya dalam kol 10 hantar afifdani ke skolah dia dengan berbekalkan nasik lemak dan telor rebus sebijik. sampai skolah, belum masok lagi dekat sliding door aku dah nampak dia menayang-nayang nasik lemak dia kat kengkawan dia.. motif? hanya dia sendiri je yang tau...




berdua lebih baik tapi kalau buat selalu..
tak baek!


then teros shoot ke kayu nasik kandar, kd. lapar nok! dah macam singa je aku rasa tahap kelaparan aku. kalau semalam aku lapar, aku nampak yeop dah macam hotdog.. ni aku nampak dia dah macam roti canai banjir je.. so tasty!!!



yeop teros belasah nasik je..
takpelah dia badan ala2 nawomikembel..
bleh la nak bedal nasik bila2 dia ske..




kan aku dah janji nak jaga makan..
aku sarapan dengan tosey je tapi tosey kat kayu very the.. engkauuuu!!!
mmphff.. mmphff.. tedap!


then lepas mencekik gendang-gendut suka hati katanya.. teros shoot ke tgv, kepong. mari menonton wayang katanya. citer apa?




jennifer's body



starring by : megan fox


engkorang kalau nak tengok megan fox naked tapi nampak sipi2 je.. bleh tgk citer ni. megan fox is so damn sexy uol dalam movie ni. aku kenal pompwan ni dari movie transformers 2. kat movie ni, sexy dia sangat2 layan! dan aku nasehatkan kepada engkorang yang belum kahwen, janganlah pergi tengok movie ni dengan kekaseh mahupon tunang korang mahupon sparepart korang skalipon. mengundang klimaks ok.. sesilap bleh cum! wakakakakak.. huhu!!! so faham2 sudey yer.

this movie is really high recommended to everyone of you yang sangat suka tengok horror movie cam kakcok tapi ada selit romen2 banyak2.. kakcok memang ske!!! tapi takpe.. akak tgk dengan laki akak. ada tempat akak nak menjahit nanti. korang yang single mingle.. kalau napsu sangat boleh dikawal.. dipersilakan tengok. kalau tak.. baik jangan! akupun pelik camne citer tu bleh lepas kat mesia ni.. but the movie was so great! silalah tonton sambel korang terkepit-kepit menahan... :P


**rabu cuti lagi. maseh ada feeling nak keluar berdua sahaja.. kemana ya???**



huhuhu... seksanya!


sekarang bulan apa korang?
yer betol... bulan seblas ataupun mat salleh panggil November!

akukan dah janji dengan korang yang aku nak diet balek bulan seblaskan? dan-dan je libatkan korang dalam perjanjian ni kan? masa pergi membedal takde plak nak babitkan korangkan? itu namanya tak pernah nak pandang kengkawan kanan dan kiri tatkala dapat membedal!

jadi hari ni akupun gigihlah memulakan semula sesi diet aku dengan harapan aku takde pening-pening kepala sebab menahan kelaparan ataupun rasa ketaq badan-badan akibat tak tahan tengok butiran nasik.

pagi - bedal lecithin 2caps dengan 1 mug air masak. sampai opis pukul 10, bleh? then bf dengan yeop dekat mamak dayabumi. dari malam tadi dah nekad nak bf tosey sahajok. tapi bila sampai je kat mamak tu, aku tengok dia tengah cuci kuali tosey dia menandakan "no tosey enimo". kalau nak lu marey petang. teros tukar menu ke megi goreng pedas2 dgn nescafe o suam. wat a seprais bila kakcok tak mampu nak habeskan megi itu! magickan? aku sendiri pelik. macam biasa, yeop yang habeskan.

tengahari - aku jamu mata dengan fb! fb! fb! perot harus dibiarkan ada ruang untuk bernafas sebab dah dekat 2 bulan perot aku mintak ampun bersujud-sujud suruh aku bagi ruang sket! ketattttt kata dia. dalam 1.40pm gitu, aku amek jus.

petang - dekat nak balek lapar menggila dah... maklumlah dah biasa sumbat nasik selama 2 bulan sebelum ni kan. sebelum balek dalam pukul 5.15pm gitu, aku amek 2 keping butterscotch yang aku tak pasti kandungannya bisa menebalkan lelemak yang ada atau tidak sebab itu je stock makanan yang ada kat meja opis aku. then aku belasah minum air masak 3 gelas!

maghrib - sampai je umah, aku bedal 3 keping wholemeal bread cicah dengan sambal ikan pari yang mama masak. juga aku bedal dalam 5-6 ketol tempe goreng yang sizenya adalah besar jari-jemari afifdani. 1/2 gelas air masak. kenapa 1/2? sebab aku tak ske air masak. ni tgh nak ajar tekak biasakan diri dia untuk terima air masak, jadik? pelan-pelan kayuhlah kan?

malam - dalam kol 8pm aku makan 1 bijik epal hijau sambel mengadap lappy. dan sekarang masa update entry ini, aku terbayang-bayang burger otai, bleh? huhuhu... sementara nak biasakan perot dan badan dgn suasana on'd ni kan.. kenalah aku lalui semua tu.

tapi kenapa aku nampak yeop dah macam hotdog a&w je ni???
ok aku tau kenapa..
korang taukah?
bagos kalau sama2 tau...
off the record!

tadi timbang kat umah mama, aku naik sebanyak 4kg selepas penat berhempas pulas poco2 dan puasa, makan sanwic, sup sayor since bulan 7 ke hari tu sampai hilang dalam 10kg! skarang senang-senang aku biarkan lelemak itu bersarang dalam tubuh aku sampai seberat 4kg? wtf!!!


*entry karoke dengan kawan2 skolah aku xlarat nak update sbb gambar adalah super banyak! tapi aku nak update jugak sebab ada cerita best-best tahu. bleh tak kalau aku buat konsep entry tu, setiap entry satu kesah? faham? tak faham? aku nak buat entry bertolak ke pyramid - 1. then entry tengah karok - 1. entry lepas karok - 1... bleh tak cemtu? faedah yang aku dapat secara tak langsung adalah setiap hari aku dapat 1 entry sampai jumaat.. aci tak uol?*


mari potong riben dengan kakcok! (sticky mode)



(sila scroll down untuk entry baru yea!)


yeay! alhamdulillah..
langkah pertama dah bermula..

kakcok dah melancarkan blogshop baru kakcok. blog tu hanya fokus kepada baju budak-budak dari 12 bulan ke 5 tahun.
buat permulaan kakcok mulakan dengan menjual pyjamas GAP dulu. lagipon itu adalah rezeki pertama kakcok dari supplier kakcok tu.
quality adalah bagos uol, dan harga adalah sangat affordable untuk baju budak2 yang branded sebegitu. aii.. taknaklah kakcok promote lelebih plak barang sendiri jualkan. nanti ingat kakcok ni suka mencipta propaganda je. korang nak tau bagos ke tak, cer try beli satu, ok!

untuk permulaan ni jugak kakcok amek stock tak banyak sebab tak tau lagi market dan demand cemana, kan. nanti ujung2 afifdani plak yang kena pakai semua untuk tempoh 2-3 tahun akan datang nanti! so.. sebagai langkah pertama, stocks are very limited!

sangat teruja nak bukak semua stock dan amek gambar walaupun ianya adalah satu keje yang memenatkan. teruja sebab pyjama tu semua giler kiut!!! especially yang utk gegel.. ahh, juleng mata kakcok masa nak memilih stock tu tau.

dugaan jugak nak mula berniaga kat blog ni. dah habes bab2 create blogshop tu, sampai je bab nak amek gambar, bleh plak bateri camera kakcok kong! adoilaa.. ni mesti efek dari bergambar sakan masa hari sabtu berkarok. tu bila kakcok nak update tu, tak tauler.. maybe lagi 2-3 hari kot. yeop balek je keje tengah2 malam, tolong plak labelkan stock. tu baru menciput punya stock, kalau sampai stock yang kedegang2 banyaknya.. cemana agaknya yer?

okay.. mari kita ramai-ramai potong riben dekat kedai kakcok ni. sila imajin ada taburan bunga ros dari arah atas, diiringi paluan kompang berkepak-kepok, korang semua mengelilingi kakcok dengan penuh senyum sambel fokus kat depan sebab ada sinaran lip! lap! orang nak amek gambar kita tuuuu.. kat tangan kakcok ada gunting bersalut emas. tengah counting nak potong riben niii...





sila tekan gambar untuk sampai ke kedai kakcok sambel imajin kakcok tengah gunting riben dan korang bertepok-tepok tangan sambel usap2 belakang kakcok dengan ucapan tahniah!

terima kaseh sebab sudi singgah yer..
kalau ada yang berkenan, dah boleh mula buat order ;)

terima kaseh sekali lagi!!!



today's blurp!



don't be angry if i'm not replying ur comment. tapi sumpah nok.. mak baca semua komen2 korang dan ianya mampu buat mak gelak keseorangan tatkala mak berduka lara!
tqvm & peace no war!


(tues, 27.10.09)